NOVEL: AKU TAK PANDAI MEMIKAT
CHAPTER 1:
Suasananya cukup tenang.. Terpukau Ibtisam dek kocakan air dari dasar kolam, cukup mendamaikan hati kecilnya.. Dia duduk di birai kolam sambil tangannya menguis-nguis permukaan air, seakan cuba menarik perhatian sekalian ikan agar timbul di permukaan.. Hatinya senang dengan panorama yang sebegitu memukau...
Entah kenapa, Ibtisam begitu menggemari aktiviti berunsurkan air, salah satu unusur kehidupan yang sangat penting di bumi ciptaan TUHAN ini.. Jadi, walau ke mana sekalipun destinasi yang dituju, tidak hairanlah walau ke mana destinasi dituju, kawasan berair yang menjadi tumpuan utamanya.. Pantai, sungai, kolam, malah dia juga menggemari sukan air, seperti bermain jetski, snorkelling, kayak, dan ketika ini dia sudah tidak sabar lagi mahu mengambil lesen skuba sebaik sahaja cuti semesternya bermula kelak..
“Ib....”
Mati angan Ibtisam dek sapaan tersebut.. Dikalih tubuhnya, dan saat terpandang sesusuk tubuh insan yang amat dekat degannnya, Ibtisam tersenyum mesra.. Buah hatinya itu melabuhkan punggung di atas rumput yang terhampar hijau di sisinya..
“Tak boring ke?”, keluhan dilepaskan..
“You tak boring ke? Tiap-tiap hari duduk kat sini.. You tu suka sangat duduk kat ceruk ni, tak takut ke jatuh dalam kolam tu? Seluas-luas kampus ni, kenapa suka sangat duduk kat tempat sunyi macam ni? Kan elok kita pergi tempat yang meriah, yang ramai, yang happening sikit? Perempuan-perempuan yang I kenal semua tak macam you.. I tengok diaorang semuanya suka shopping, suka make-up, disko, but you? You suka sangat tempat yang sunyi, layan perasaan bagai, aren’t you bored?
Ibtisam sekadar tersenyum mesra..
“Apa sangatlah yang suka sangat dating kat sini? Come on lah, kat sini sunyi sangatlah, bukan ada orang pun? Dahlah tu, you suka sangat bawa bekal bagai, nak picnic konon.. Eh, you and I kan orang berada, apa kelas main tapau-tapau ni? Bukankah lebih baik kita pergi makan kat hotel, restoran, baru kelas! Ib... Ib.... You always like that, behaving like a child..yang baru nak kenal dunia!”
Ibtisam masih lagi tersenyum...
“Tengok tu.. Bila I cakap, you senyum je memanjang.. Terasa macam diperbodoh-bodohkan pula!”
Imran yang terasa letih bercakap, mendepangkan tangan, lalu berbaring di atas rumput dengan beralaskan kedua-dua lengannya sebagai bantal.. Dia memejam rapat matanya, di dalam hati terasa sebal kerana sebentar tadi dia seperti bercakap dengan dirinya sendiri.. Bertambah menggebu perasaannya apabila Ibtisam terus-terusan tersenyum walau dia sedar senyuman itu benar-benar ikhlas dan menawan.. Namun, dek kerana ego yang menguasai dan menebal, dia pula merasakan senyuman itu seolah-olah mengejeknya, bahkan kata-katanya dianggap langsung tidak terkesan oleh Ibtisam.. Sebenarnya dia sedang cuba menahan amarahnya yang sedang meluap-luap...
Indah Ibtisam, kekasih hatinya, Tengku Idzwan Imran.. Kedua-duanya sama cantik, sama padan.. Ibtisam yang sederhana tinggi berkulit putih salju.. Tubuhnya kurus, namun cantik terletak, dan bibirnya merah merekah beserta matanya yang redup dan dengan bulu mata yang tebal bak kasawari, selain rambut yang hitam keperangan, membuat Ibtisam sudah cukup jelita dengan apa yang dimiliki tanpa dia perlu menambah apa pun.. Jujurnya, memang Ibtisam cukup ringkas, bahkan jarang mengenakan solekan, namun kata orang kalau sudah cantik, maka tidak perlu berlebihan juga sudah cukup terserlah..
Untungnya, kecantikan itu kebanyakannya diwarisi daripada bapanya yang berketurunan Irish, dan asset itulah yang melonjakkan Ibtisam menjadi gadis dambaan hati hampir setiap lelaki di kampusnya.. Tetapi sudah tentulah hanya Imran yang berjaya menakluki hati perempuan Indah Ibitisam..
Manakala Idzwan Imran pula jejaka yang dipuja-puja oleh kebanyak penuntut wanita di situ.. Kira-kiranya kalau ada selebriti yang mahu bergandingan dengan Imran, berkemungkinan besar Imran yang lebih didambakan mereka.. Berwajah kacak, behidung mancung dan dengan rambut yang sengaja dipacakkan bergaya, dan bersilih ganti dengan gaya baru saban masa, cermin mata hitam berjenama yang tidak pernah lekang, serta pakaian dan aksesori yang pastinya berjenama antarabangsa sahaja tersarung kemas di tubuhnya yang sasa dan lampai, Imran memang tidak pernah kalah bergaya.. Tambahan pula dia lelaki maskulin yang menitik beratkan penampilan, kalau tidak masakan kulitnya licin tanpa sebutir jua jerawat dan kulitnya cerah tanpa cela..
Semua itu memang cukup membuatkan ramai gadis yang ‘makan hati’ tatkala Imran bergandingan dengan Ibtisam.. Tambahan pula Imran memang pandai menjaga imej dan penampilannya, sesuai dengan status ‘Tengku’ yang dipegangnya.. Maka tidak hairanlah ramai yang kagum dan ramai yang cuba meniru lagak Imran, mahu menjadi ‘wanabe’ kononnya...
Imran dan Ibitisam, pasangan merpati dua sejoli yang keduanya berasal daripada keluarga yang ternama dan berada.. Gandingan yang pad Imran, cukup mantap, hingga membolehkan gelaran ‘HOT COUPLE’ melekat di kalangan penuntut yang lainnya, cukup-cukup ideal...
Tetapi kadangkala yang tersirat itu tidaklah seindah yang tersurat.. Perwatakan mereka cukup berbeza, seperti langit dan bumi.. Imran seringkali terbawa-bawa dengan status dan pangkat keluarganya, suka berlibur dan bermewah, gemarkan barangan mahal dan berjenama, sedang Ibtisam lebih merendah diri, tulus, pendiam, dan tidak gemar bermewah.. Yang nyatanya, Ibtisam seorang pemikir yang lebih senang tersenyum dari berkata yang tidak perlu..
Perbezaan yang pada mulanya begitu menawan pada mata Imran, lama-kelamaan sedikit-sebanyak mengganggunya.. Mereka sering sahaja berselisih faham; atau lebih tepat lagi, Imran yang sering sahaja merungut akan perbezaan sikap mereka.. Tambahan pula, senyuman Ibtisam tidak pernah berhenti walau apa jua rungutan yang keluar dari mulut Imran membuatkan hati Imran semakin sebal, membengkak, bahkan bernanah! Ini kerana dia merasakan senyuman Ibtisam tidak lebih dari sekadar ‘membakulsampahkan’ kata-kata Imran...BERSAMBUNG
2 comments:
bet3...suka3....
Nice... Smbung lagi...
Post a Comment