my player..njoy! :)

Wednesday, 6 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 2)

 Tidak banyak aktiviti yang berlangsung pada hari pertama, sebaliknya mereka diarahkan menyiapkan khemah dan mencantikkan kawasan persekitaran perkhemahan masing-masing.PERSATUAN PUTERI ISLAM yang amy, izan, ifa, ira dan imah beserta junior yang lainnya anggotai adalah salah satu persatuan yang mana kesemua ahlinya perempuan, maka tidak hairanla ramai senior yang datang bertanyakan keperluan mereka..Akan tetapi, ah sia adalah orang yang paling kerap datang dan bertanya, maka dia yang sering menjadi bahan gurauan dan usikan mereka.. Tambahan pula, mata ah sia acapkali tidak lepas dari memandang amy membuatkan mereka semakin tidak lepas dari mengusik.. Namun dalam usik dan gurau itu, amy perlahan- lahan terasa bagai bahagia menyelinap ke dalam kalbunya...
Malam itu, ramai dari persatuan yang turut serta membuat unggun api masing-masing.. Tidak mahu ketinggalan, PERSATUAN PUTERI ISLAM juga mahu turut serta.. Mereka mengumpulkan kayu-kayu serta daun-daun kering, lalu cuba menghidupkan unggun api. akan tetapi, sementelah mencuba berkali- kali. ternyata mereka masih gagal, walau dengan bantuan amy yang biasa berkhemah.. Amy mengaku yang dia sememangnya kurang cekap menghidupkan api, tamabahan pula dengan menggunakan mancis, bukan pemetik api..
"aduh...kenapa api ni tak mau hidup...? dah berpeluh aku ni", rungut izan..
"yela amy.. kau kan pakar.."
"imah, izan, sorrylah... tapi seriously, aku tak pandai hidupkan api ni, yang lain-lain aku pandai la... selalu hidupkan unggun ni kerja-kerja orang lelaki... lagi-lagi nak suruh aku pakai mancis.. memang aku surrenderlah..."
"habis tu, macammana? Banyakla nyamuk malam ni.. Khemah orng lain aku tengok dah menyalaa dah semua"
"Yela fa, aku memang tak boleh tidur kalau ade nyamuk.. tak tahan!"
"Ira, Ifa, aku pun tak tau.. tapi kalau kite try lagi, alamat habislah semua mancis yang ada ni"
"Kalau aku tau, aku bawak minyak tanah tau"
"Gila kau mah, nak suruh terbakar khemah ni?? Mana kita nak tidur nanti??"
"Ha, apa susah imah, ira, kita mintaklah bantuan boyfriend si amy ni ha..",izan tiba-tiba mengeluarkan idea nakalnya..
"Boyfriend??Siapa??Ah Sia??"
"Wah, mengaku nampak yang Ah Sia tu boyfriend kau...", Ira mengenakan Amy pula..
Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mehan malu sedangkan yang lainnya mentertawakannya... Amy sendiri tidak sedar apa yang diperkatakannya sebentar tadi, tapi bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...huhu, malulah jawabnya..
"Hi girls!"
Serentak mereka menoleh ke aeah empunya suara .. Melihatkan kelibat Ah Sia, ketawa mereka berderai lagi... Umpama pucuk dicita ulam mendatang...
"Hey, kenapa ni? I ada buat apa you all ketawa sampai macam ni??"
"Hmmm.. panjang umur, baru aje disebut.."
Ah Sia mengerutkan dahinya sambil memandang Ira, cuba mentafsirkan butir bicaranya...
"Ni ha, Ah Sia, Amy mintak u tolong hidupkan unggun api ni, dari tadi  kitaorang try tak boleh-boleh.. Die sebut aje nama you, you pun muncul.. Macam tau-tau aje... Ha, apa lagi, cepatlah tolong... Hehe.."
"Really??" Ah Sia tersenyum simpul sambil memandang ke arah Amy.. Amy terasa semakin malu dengan usikan tersebut..
"No lah Ah Sia... diaorang ni saja-saj mengusik you... You janganlah percaya sangat diaorang tu"
"Betul Ah Sia..kitaorang semua jadi saksi.. hehe..", Imah semakin galak mengusik..
"Kalau betul pun apa salhnya.. Its my pleasure... Kenapa you all tak panggil dari tadi, ini small matter je, I boleh settlekan...", kata Ah Sia sambil menyusun dedaunan dan kayu, seraya mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya..
"Amboiii... Macam superhero pulak you ni... Ini yang Amy sayang sangat ni.."
"Ira! Weh, apela korang ni! Tak baik tau!"
"Ala, apa salahnya... Korang pun masing-masing ada hati kan... Asyik main mata je dari tadi"
Saat itu juga pandangan Amy dan Ah Sia bersatu, dan bagaikan ada magnet yang menarik dua jantina berlainan itu agar merasa satu perasaan yang sama, JATUH CINTA... Ah Sia memberikan senyuman yang paling menawan, meruntun hati perempuan Amy, tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri.. Amy tersipu malu, namun dia semakin tenggelam dalam perasaannya.. Terbayang di matanya keindahan dunia remaja, dan betapa indahnya jika jejaka itu dapat ditawan hatinya..
Dalam hati kecil Amy berkata, ingin saja dihentikan masa pada ketika itu... Ingin saja disuruh bumi berhenti berputar, dan memuterkan kembali waktu itu berulang-ulang kali.. Sesungguhnya hatinya telah benar-benar ditawan oleh jejaka di hadapannya itu..
"Alamak main mata pulak.."
Amy tersedar dari lamunannya dek teguran Imah lalu tertunduk dan tersipu-sipu malu... Namun, sempat juga dikilasnya wajah Ah Sia sekilas, dan terpandang olehnya renungan Ah Sia yang menusuk kalbu, sambil tangannya ligat menyambung kerja-kerja menghidupkan unggun..
"Ira, Izan, apa kata kalau kita pergi jenguk kawasan perkhemahan yang lain.. Aku dari tadi nak pergi, tapi tak berpeluanglah..."
"Eh, nantilah dulu... Bagilah Ah Sia hidupkan unggun api ni dulu"
"Ala kau kan ada.. Kitaorang memang nak bagi 'chance' kat kau nak main mata lagi...hehe",
"Betul tu Imah aku pun rasa diaorang ni banyak nak dibualkan.. Kitaorang gerak dulu ye Amy, Ah Sia..."
Belum pun sempat Amy membalas, mereka telah cepat-cepat meninggalkan Amy berdua-duaan dengan Ah Sia..













No comments: