my player..njoy! :)

Thursday, 28 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 5)

Melewati semua keterujaan dan babak-babak yang mendebarkan hati perempuan Amy di siangnya, malam itu aktiviti kebudayaan pula berlangsung.. Di dalam aktiviti ini, semua ahli persatuan dipisahkan daripada persatuan masing-masing dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.. Ini bertujuan agar anggota setiap pasukan dapat bergaul sesama mereka, serta juga mereka mengeratkan silaturahim agar di masa hadapan mereka dapat terus berinteraksi dan juga dapat menjalinkan kerjasama antara pasukan masing-masing...
Setiap kumpulan dibahagikan antara 9 hingga 10 ahli masing-masing.. Dan setiap kumpulan akan diberikan 2 orang mentor yang akan mengetuai mereka di dalam setiap aktiviti yang dilakukan, bagi membimbing mereka, dan mentor-mentor tersebut terdiri daripada senior-senior mereka, iaitu pelajar-pelajar tingkatan 6.. Kumpulan ini akan kekal sehingga ke akhir perkhemahan, dan akan membuat pelbagai aktiviti bersama-sama..
Hendak atau tidak, terpaksalah Amy berpisah dengan rakan-rakan baiknya.. Kumpulan yang dianggotai Amy terdiri daripada 10 orang ahli, yang mana kesemuanya perempuan.. Pada Amy,bagus juga, kalau ramai lelaki mungkin agak sukar juga hendak dikawal... Dan untuk mentornya pula, kumpulan Amy diketuai oleh abang Rama dan Saiful, yang pada pengamatannya mentor yang cukup baik untuk pasukannya, abang Rama yang peramah dan abang Saiful yang bijak.. Sempurna!
Sedang masing-masing sibuk memperkenalkan diri, tiba-tiba muncul Ah Sia.. Amy tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya sebaik melihat Ah Sia, malahan ada beberapa ahli kumpulannya kelihatan berbisik sesama mereka apabila melihat Ah Sia yang merenung Amy serta melemparkan senyuman paling manisnya kepada Amy.. Kemudian kelihatan Ah Sia berbisik dengan abang Rama dan Saiful, seolah-olah ada perkara yang terlalu penting untuk dibincangkan... Rama dan Saiful terangguk-angguk mendengarkan perkataan Ah Sia, lalu Saiful berlalu meninggalkan mereka, sebaliknya Ah Sia terus tetap di situ, dan masih lagi berbisik dengan Rama..
Yang lainnya agak hairan dengan situasi tersebut, namun tidak ada yang berani bersuara.. Mereka diam dan berbisik sesama mereka.. Hati Amy berdegup pantas, dia dapat merasakan ada situasi sedang berlaku di situ.. Namun seperti yang lainnya, dia juga tidak berani bersuara, sebaliknya dia tunduk membatukan diri, mengelak dari panahan mata Ah Sia yang tembus ke mata hatinya...
"Sorry guys, ada pertukaran sikit.. Abang Saiful dah tukar ke group lain.. And this is your new mentor yang akan bergandingan with me, Ah Sia.."
Serentak pengumuman Ah Sia, masing-masing bercakap sesama mereka, almaklumlah perempuan semua.. Mereka tertanya-tanya sesama mereka.. Dan yang paling terperanjat sudah tentulah Amy, dia tidak tahu hendak berkata yang bagaimana, tapi hati kecilnya berkata yang dia merasakan semua ini ada sangkut-pautnya dengan dia, kalau tidak masakan Ah Sia menukar kumpulannya.. Tetapi dia hanya diam, membatukan diri, takut kalau tersilap bicara..
Dalam kekalutan perasaannya, terdengar pengumuman di hadapan yang mengarahkan kumpulan-kumpulan yang terlibat memberikan nama kumpulan, melukis logo, dan menyediakan satu persembahan bagi kumpulan masing-masing..
"You all dah degar kan? So, sekarang ni kita kena cari nama kumpulan.. Siape ade cadangan?", kata abang Rama..
Masing-masing mendiamkan diri.. Tidak ada sesiapa pun yang berani memberi cadangan...
"Come on lah.. Anything, cepat..?", Ah Sia pula bersuara, tetapi sambil memandang wajah Amy..
"Kalau girls power boleh?"
Amy mula memberi cadangan..
"Ha,okay jugak"
"Tapi macam budak-budaklah"
"betul tu"
"powerpuff girl lagi best"
"haha, kartunlah"
"tak matang langsung"
"bagilah idea lain"
"k-pop girl!"
"k-pop tu mende"
"korean pop lah.."
"tak naklah, tak suke...!"
"aahlah, nanti kena gelak"
Maka riuhlah seisi perbincangan mereka, masing-masing mula hilang rasa malu dan kekok, dan masing-masing sibuk memperdebatkan idea masing-masing, malah kadangkala keluar idea-idea yang lucu dan tidak masuk akal..
"Kejap,kejap,banyak sangat idea ni.. Apakata kita tulis satu-satu kat kertas dan undi okay?"
Maka masing-masing memberi idea dan abang Rama menuliskannya di dalam kertas.. Amy sebenarnya lebih banyak berdiam diri kerana kedudukannya yang bertentangan dengan Ah Sia kini menyekat pergerakannya, kerana setiap gerak-gerinya diperhatikan.. Hendak bernafas dengan betul pun terasa kekok..
"Hey, how about 'ten litlle cute girl'?", idea Ah Sia yang tiba-tiba muncul itu mengejutkan semua orang..
"Eh, best la!"
"Aku vote 4 abang ni punya idea!"
"Me too!"
Maka beransur-ansur kelihatan semua mengangkat tangan mereka, termasuk Amy dan abang Rama.. Dalam diam-diam dia kagum juga dengan cadangan Ah Sia itu.. Bernas dan luarbiasa, mengagumkan!

1 comment:

mutmainnah eein said...

da nak abes dah cerpen ni.. tinggal 1 or 2 chapter lagi.. please leave you comment....nak tulis novel plak pasnih....