my player..njoy! :)

Saturday 28 May 2011

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 4

Ibtisam tersenyum, dan wajah Imran begitu bercahaya, fikirnya dia akan mendapat jawapan yang positif dari Ibtisam.. Namun sebaliknya Ibtisam menggelengkan kepala.. Hilang terus rasa teruja Imran, seterusnya dia membungkam, dan spontan mendengus kasar.. Dia mengutuk di dalam hati, kerana sepatutnya dia sudah jelas sikap Ibtisam itu bagaiman, yang mana senyuman itu sentiasa melingkari sudut wajahnya.. Bukankah senyuman itu memang kebiasaannya?
"Im.. Ib harap Im faham.. Sejak dari mula kita kenal lagi, Im dah tau Ib orangnya macammana, kan?"
Imran masih membungkam, kecewa kerana tidak dapat menyertai parti sahabat baiknya yang pastinya meriah itu.. Dapat dibayangkan mereka-mereka yang hadir untuk berseronok.. Dan sudah pastinya kesemua temannya hadir, berparti sehingga ke dinihari.. Sementelah pula Imran sudah lama tidak berparti, semuanya dek kerana menurut kerenah Ibtisam yang tidak mahu turut serta..
"Jom keluar?"
"Keluar? Isn´t that party start at 6?", Ibtisam mengerling ke arah jam di dinding, pukul 5 petang..
"Cancel....!"
"But, aren´t you supposed to be there? Kek ni macammana?"
"Bawa sekali.."
"Kalau Im nak pergi parti tu, tak payahlah kita keluar.."
"Could you please shut up and just follow me??"
Terkejut Ibtisam dengan tempikan Imran, benar-benar terpana kerana Imran tidak pernah lagi menjerkahnya sebegitu rupa sebelum ini, sekadar marah atau membebel tidak puashati itu biasalah..
"Ya ampun! Cik! Cik! Apa ribut-ribut begini?? Cik ngak apa-apa??"
Melihatkan wajah bibik yang cemas, serta Ibtisam yang terkesima selepas diherdiknya sebentar tadi, Imran berlalu dengan wajah yang benar-benar sebal, saja hendak menunjukkan kuasa veto sebenarnya, menunjuk ketidakpuashatiannya, dan melangkah laju , keluar dari villa tersebut..
"Cik! Cik! Cik ngak apa-apa??"
Ibtisam yang masih lesi wajahnya, menggelengkan kepala, seraya tangannya pantas mencapai kek di atas kaunter meja, lalu melangkah deras menuruti jejak Imran.. Serasa mahu menangis, tetapi dek perasaan terkejut tidak lagi hilang, Ibtisam gagal mempamerkan emosi ketika ini..
Namun setelah beberapa langkah menapak, Ibtisam berpaling ke arah bibik..
"Beritahu mama, Ib keluar dengan Imran sekejap ya.."
"Baik cik, hati-hati ya!", ujar bibik sedikit gusar..
Pantas, langkah diatur kembali , meninggalkan bibik yang tergeleng-geleng kepalanya, simpati dengan nasib Ibtisam.. Menurut bibik, Ibtisam selalu sahaja mengalah dan sering menurut sahaja kata-kata Imran, langsung tidak dibantah.. Bukannya bibik tidak sukakan Imran, namun perwatakan Imran kadangkala menjelikkan, dan yang sering menjadi mangsa sudah tentulah Ibtisam..
Ibtisam berlari-lari anak mendapatkan Imran yang baru sahaja menghidupkan enjin keretanya.. Ibtisam memasuki kereta, dan duduk tunduk menikus sambil meriba kek di pangkuannya..
"Beg you mana..?"
Barulah Ibtisam terperasan yang dia terlupa tas tangannya dek kerana terlalu hendak cepat.. Tergesa-gesa dia keluar dari kereta..
"Kot ye pun, letaklah kek tu dulu.."
Maka terkocoh-kocoh dia kembali ke ferrari merah tersebut, seraya meletakkan kek di tempat duduknya, menutup pintu, dan kembali ke rumah..
"Ib!"
Ibtisam menoleh..
"Salin baju you tu sekali.."
Ibtisam memandang ke tubuhnya, dan barulah di tersedar yang dia sekadar memakai t-shirt dan seluar trek.. Sebenarnya bukanlah tidak boleh berpakaian begitu, namun faham-faham sahajalah kalau bergandingan dengan Tengku Idzwan Imran yang cerewet itu, sudah pasti bernanah telinganya dengan omelan berbaur tidak puas hati dari Imran sepanjang perjalanan kelak..
Maka Ibtisam mengangguk dan berlari-lari anak ke dalam, dan sepantas kilat mendaki tangga untuk sampai ke biliknya di tingkat atas..
Bibik Narti yang melihat aksi-aksi kalut Ibtisam menggelengkan lagi kepalanya.. Dia tahu tika ini tidak berguna jika dia nmenegur Ibtisam, sia-sia.. Ibarat mencurah air ke daun keladi.. Silap-silap haribulan, dia pula yang bakal diherdik Imran..
Tergopoh-gapah Ibtisam menyalin pakaian, sepasang kemeja-t berkolar berwarna merah jambu dipadankan dengan celana longgar putih berbunga gaya inggeris.. Kemudian dia merapikan rambutnya ala kadar, berbedak, dan mencali sedikit lip gloss jenama Revlon, sedikit pemerah pipi dan maskara, lalu menyarung kacamata GUESS serta menjinjing beg kecil berwarna krim.. Gayanya cukup ringkas, tetapi sesuai.. Yang pentingnya, menawan.. Melengkapkan penampilan, dia tidak lupa menyembur sedikit haruman Herve Leger pada tubuh.. Siap berdandan, dia turun ke bawah langsung mendapatkan Imran yang sedari tadi menunggu..
Selalunya Ibtisam memang tidak sekalut ini, sebaliknya dia memang terkenal dengan sikap yang sentiasa bersedia, terkawal dan bijaksana.. Namun mungkin dek jerkahan Imran sebentar tadi, perwatakannya langsung berubah, dan dia gagal bereaksi seperti kebiasaannya.. Semuanya menjadi kelam-kabut, sekalut perasaannya ketika ini..

Saturday 14 May 2011

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 3


Pun begitu, seandainya sampai ke pengetahuan Imran akan segala perlakuan Ibtisam, pasti teruk Ibtisam dimarahinya.. Bukan itu sahaja, lebih teruk lagi kelak pasti bibik yang menjadi mangsanya, silap-silap bibik yang dimarahi bahkan dia pasti menyuruh mama Ibtisam agar memecat bibik kelak.. Penyudahnya, Ibtisam lebih senang tersenyum dari memberikan jawapan yang rasmi berkenaan soalan yang ditanyakan oleh Imran..
“Ib.. Tomorrow night you temankan I ke club okay.. Esok birthday Mark, dia organise party, and ramai VVIP tau.. You join sama yah dear...?”
Imran memandang Ibtisam penuh pengharapan, tetapi Ibtisam menggelengkan kepalanya..
“Tak nak? But why?? You selalu macam ni...!”, Imran memonyokkan wajah, mengharapkan simpati dari Ibtisam..
“Im.. Im tau Ib tak suka pergi parti kan? Kat kelab pula tu..”
“Ala, once in a while apa salahnya.. You tu nama je mix, tapi attend parti, club, semua tak boleh.. Come on la Ib.. Takkan you expect I pergi sorang kot? Jatuhlah air muka I ni! Sekali ini je, jomlah Ib...”
“Mula-mula sekali, then berkali-kali.. Itu bukan cara hidup kita sebagai muslim, Im... Ib....”
“Okay,fine! Kalau you betul-betul tak mahu pergi, fine! I akan ajak perempuan lain untuk jadi partner I!”
Ib terdiam, kehilangan bicara.. Sesungguhnya dia tidak mahu itu terjadi, tetapi Ibtisam tahu walau apa jua yang terjadi, dia tidak mungkin akan mengorbankan prinsip dan kepercayaannya.. Dia tidak akan sekali-kali berjinak-jinak dengan perkara maksiat sebegitu rupa, kerana itulah didikan yang telah diterapkan semenjak kecil..
“You nak pergi tak ni???”, kedengaran suara Imran agak meninggi..
Ibtisam menundukkan wajahnya, dan perlahan-lahan menggelengkan kepala.. Imran mendengus marah, lantas meninggalkan Ibtisam bersendirian di tepi kolam.. Sepi...

                Ibtisam bernyanyi-nyanyi kecil sambil membungkus kek krim coklat di dalam kotak kek yang dibuatnya dengan kreativiti sendiri.. Tidak sia-sia usahanya sepanjang pagi, kerana kek yang bersalut krim dan parutan coklat itu kelihatan begitu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang memandangnya..!

KEK KRIM COKLAT

BAHAN-BAHAN:
  • ·         1 ½  lapisan kek span coklat
  • ·         400 gram putih telur
  • ·         400gram gula
  • ·         20 gram gelatin-dicairkan
  • ·         400 gram coklat masak (coklat gelap)-dicairkan
  • ·         300gram coklat-diparut
  • ·         1kg krim putar

CARA MEMBUATNYA:
  • ·         Sediakan ‘maringue’ iaitu campuran gula dan putih telur
  • ·         Masukkan krim putar, coklat masakan yang dicairkan, dan gelatin
  • ·         Bahagikan lapisan kek span coklat kepada 3 bahagian
  • ·         Selang-selikan susunan kek span dengan krim yang telah disediakan
  • ·         Taburkan parutan coklat di atas lapisan kek
  • ·         Hiaskan kek mengikut citarasa

“Cik Ibtisam, Encik Imran sudah tiba..”, sapa bibik Narti, pembantu rumahnya..
“Oh, suruh dia tunggu di ruang tamu ya, saya nak siapkan kek ni sekejap..”
“Baik, cik..”
Ibtisam mempercepatkan pergerakan tangan, cuba mengikat bungkusan kek tadi lalu mengambil bunga hiasan bagi mencantikkannya..
“You buat apa tu?”
Tersentak Ibtisam dek sapaan Imran hinggakan terlepas gunting dari tangannya, hampir saja terkena pada kakinya, tetapi mujur Imran pantas menyambut gunting tersebut..
“Hei Ib!”
Ibtisam kaget..
“Are you okay??”, Imran yang turut cemas dengan situasi tersebut, pantas membelek-belek tangan Ibtisam, takut-takut terluka.. Ibtisam tambah terkejut dengan perlakuan Imran, lantas dia sekadar berdiri terkaku..
“Are you okay, dear?”, Imran melambai-lambai tangannya di hadapan muka Ibtisam yang berdiri bagai patung..
“If not, jom kita ke klinik..?”, pantas sekali dia menarik tangan Ibtisam agar mengikutinya.. Walau dia tidak melihat sebarang kecederaan pada Ibtisam, takut juga kalau-kalau ada luka dalaman yang tidak terlihat pada pandangannya..
“No,no, Ib okay...” , cepat-cepat Ibtisam menarik tangannya kembali..
Ibtisam lantas berpura-pura membetulkan bungkusan kek tersebut, terasa dadanya berdebar-debar dan malu kerana sesungguhnya dia dia tidak pernah sebelum ini bersentuhan dengan Imran, hatta mana-mana lelaki sekalipun.. Wajahnya merona kemerahan menahan malu..
“Are you sure you okay?”
“Yes, yes, absolutely...”, jawab Ibtisam dengan wajah yang sengaja ditunjukkan, seboleh-bolehnya ingin disorok wajah itu dari penglihatan Imran..
“I tengok you macam tak okay je..?”
“No..No..I’m fine...”
“Habis tu, kenapa muka you merah? Sakit ke?”
Terkesima Ibtisam dengan pertanyaan Imran, bertambah merona wajahnya.. Pantas dia berpaling ke kabinet, berpura-pura mencari beg untuk diisikan kek, sedangkan dia tahu di mana letaknya beg tersebut, yang telah diletakkan lebih awal.. Semua itu agar wajahnya tidak menjadi tumpuan Imran lagi, untuk mengurangkan rasa malu yang sedang menguasai dirinya ketika ini..
“Taklah.. Mm.. Panas kot..Kat dapur ni..”
“Betul ni...? Kalau sakit jangan tahan, nanti melarat!”
“No.. I’m fine...”
Setelah merasakan yang Ibtisam benar-benar tidak apa-apa, Imran lebih bertenang dari tadi.. Dia duduk di kerusi bulat yang berdekatan dengan meja bar di dapur tersebut.. Sebebnarnya dia khuatir kalau Ibtisam terluka atau tercedera, kerana dilihatnya reaksi Ibtisam yang seakan gelisah.. Tambahan pula, Ibtisam yang dikenalinya tidak mudah gabra, tindak-tanduknya sentiasa tenang dan bersahaja..
“You bungkus apa tu?”
Ibtisam berpaling memandang Imran.. Rona kemerahan sudah mula menghilang dari wajahnya..
“Maksud Im yang ini?”
Imran mengangguk..
“Ini ‘birtday cake’ untuk bestfriend Im tu,Mark..”, Ibtisam menolak kek yang telah siap dibungkus itu ke hadapan Imran..
“Yup..”
Ibtisam meletakkan kek itu ke atas meja bar, dan duduk bersebelahan dengan Imran..
“Buat sendiri?”
Ibtisam terdiam seketika, kerana dia tahu sikap Imran yang tidak suka dia bersusah-payah.. Sebenarnya kalau boleh dia tidak mahu Imran tahu yang dia membuatnya sendiri, tetapi dek kerana Imran telah menjenguk sendiri ke dapur, maka, tidak wajar kalau dia menyembunyikannya, pasti ketahuan juga..
“I tanya kenapa tak jawab??”
Lambat-lambat Ibtisam mengangguk..
“Thought so...”
“Kenapa datang awal??”, Ibtisam mengubah topik perbualan, cuba mengalih tumpuan Imran..
“Boring, tak tau nak buat apa..”
Ibtisam tersenyum, dia tahu Imran tidak betah keluar besendirian, ke mana-mana pasti Ibtisam yang dicarinya.. Ibtisam bukanlah cerewet, tetapi Ibtisam bukanlah kaki shopping, bukan kaki disko, maka sudahnya Imran terikut-ikut Ibtisam yang asyik memerap di rumah..
“Kenapa you beria-ia buat kek untuk Mark?”
Berkerut dahi Ibtisam, keliru dengan pertanyaan tersebut..
“Kenapa? Tak boleh?”
“Bukan apa.. You beria-ia sangat.. Buat kek lah.. Ada apa-apa ke?”
“Apa-apa, apa..?”
Imran mendengus..
“Tak ada apalah..”
Kali ini baru Ibtisam terperasankan riak cemburu di wajah Imran, dan segera membibitkan ketawa Ibtisam..
“Kenapa gelak??”
Semakin galak Ibtisam tertawa..
“Ib!”
“Tengku Idzwan Imran...ARE YOU JEALOUS??”, sengaja ditekankan perkataan ‘are you jealous’ itu untuk mengusik Imran..
“Mana ada!”, sekali lagi dia mendengus, kali ini lebih kasar..
“Mark tu kan kawan baik Im.. Apalah salahnya Im hadiahkan kek untuk dia.. Lagipun, hari ni kan harijadi dia, dan Im kan nak pergi ke parti dia, takkan Ib tak bagi apa-apa,kan..?”
“Jadi you setujulah nak ikut I??”, bercahaya wajah Imran mendengarkan jawapan Ibtisam..

Tuesday 10 May 2011

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 2


“Im....”
Pantas, mata Imran terbuka luas tatkala mendengar sapaan Ibtisam, sekaligus mematikan lamunannya..
“Agak-agak awak, berapa banyak ikan dalam kolam ni?”
Imran mengerutkan dahi, cuba memahami tujuan soalan itu..
“Tentu dah lama kolam ni wujud kan, tengoklah betapa banyaknya ikan dalam kolam ini..”
Imran mengangkat kening lalu memandang wajah Ibtisam.. Kerutan di dahinya semakin bertambah sementelah dia cuba memahamkan maksud butir bicara Ibtisam tersebut.. Ibtisam selalu punya persoalan dan pandangan yang terlalu aneh baginya.. Kiasannya kadang-kadang terlalu halus, dan kata-katanya selalunya mengandungi seribu satu makna yang sering gagal ditafsir dek akalnya..
“Ib tengok ada berpuluh-puluh jenis ikan dalam ni.. Pelik, mereka tetap hidup harmoni, berkongsi satu ruang kecil ni bersama-sama.. Dah tentu takde kroni dan kasta kan, walau kadang-kadang yang besar makan yang kecil, namun tetap takde pergaduhan kan...”
“Maksud you ni apa Ib? I didn’t get it! Lagipun I tak fahamlah bahasa ikan, nak tau diaorang gaduh ke tak..?”
Ibtisam tersenyum manja, lucu melihat jejaka di sebelahnya itu, walau Imran berharta, ada rupa, bijak, namun kadangkala Imran ini seorang yang ‘blur’.. Dan tidak dapat dinafikan apabila melihat Imran di dalam keadaan yang sebegitu ‘naif’, dia sedar yang itu adalah momen yang paling digemarinya.. Wajahnya yang keliru begitu ‘cute’ pada pandangan Ibtisam, dan itulah yang membuatkan hati Ibitisam semakin terpaut!
Imran terus-terusan mengerutkan dahinya, masih lagi berfikir.. Ibtisam pula mengeluarkan bekas makanan yang dibawanya seraya menghulurkan ‘chilli spaghetti’ yang dibawanya.. Imran pantas melupakan persoalan tadi, lalu menyambut bekalan makanan tersebut dan menyuapkannya ke dalam mulutnya.. Meski sering meleteri sikap Ibtisam yang sering membawa bekalan dari rumah, namun pelawaan Ibtisam jarang sekali dapat ditolak oleh Imran lantaran keenakan juadah tersebut..
“Bibik yang masak ke?”
Ibtisam tersenyum lagi.. Senyuman itu sudah cukup sinonim dengan Ibtisam, tidak mampu ditahan apatah lagi disembunyikan, melambangkan keluhuran hatinya.. Dia seronok melihat Imran menikmati juadah dengan begitu berselera, malah sesekali dilihat Imran begitu gelojoh sehingga meninggalkan kesan di pipinya..
Sedar atau tidak, hidangan yang dibawa Ibtisam tidak pernah bersisa, licin dihabiskan oleh kekasih hatinya itu.. Ini membuatkan Ibtisam terus-terusan ingin membawa bekalan ke kampus setiap hari meski dilarang dan dimarahi.. Entah mengapa, Imran sering gagal mengawal kegelojohannya tatkala berdua-duaan begini, berbeza sekali sewaktu mereka makan berdua di restoran mahupun hotel, yang mana Imran sering patuh pada protokol dan menjaga tertib serta adab sewaktu makannya.. Ralit Ibtisam mentap aksi kebudak-budakan Imran itu..
“Dah habis.. Ada lagi tak?”
Ibtisam tertawa kecil, lantas menggeleng.. Dia mengambil sapu tangan dari begnya dan mengesat bibir dan pipi Imran yang comot itu..
Imran mendengus halus, malu ditertawakan.. Dia lalu cepat-cepat mencapai sapu tangan dari pegangan Ibtisam dan menyapu sendiri wajahnya..
“Lainkali you tak payahlah bawa bekal beria-ia sangat macam ni.. Kita kan mampu nak ke hotel atau restoran, nikmati ribuan lagi juadah yang sedap-sedap belaka.. Takkan habisnya duit daddy I yang bertibun-timbun tu.. Lagipun I kan anak tunggal, tak ke mana mengalirnya that money kalau bukan dekat I.. You pun macam tu juga, anak tunggal kan? So, apa yang you susahkan sangat? Entah-entah ‘leftover’ makanan yang kat rumah you tu yang you bagi dekat I tak??”
Imran mengerlingkan ke wajah Ibtisam yang terus-terusan tersenyum.. Dia mencebikkan bibirnya, mengajuk senyuman Ibtisam yang tidak pernah lekang itu..
“Nope.. Saya masak khas untuk awak, Im..Not more or less...”
“Mm.. Baguslah.. Bibik masak kan? Bibik you memang pandai masak kan.. Tak sangka western pun dia pandai...”
Ibtisam sekadar tersenyum.. Malas sebenarnya dia hendak memberitahu Imran yang sebenarnya segala juadah yang dibawanya untuk Imran selama ini adalah hasil air tangannya sendiri.. Tambahan pula Imran cukup pantang kalau dia sibuk-sibuk mengambilalih peranan bibik pembantu rumahnya, takut tangan Ibtisam kasar  katanya.. Lagipun kata Imran, pembantu rumah memang telah digajikan khas, jadi, biarlah bibik menjalankan tanggungjawabnya, dan Ibtisam hanya perlu memberi arahan.. Imran sendiri mempunyai 3 pembantu khas yang digajikan oleh daddy dan mummynya..
Sedang tanpa pengetahuan Imran, Ibtisam memang rajin membantu bibik membuat tugasan dapur, kerana dia telah dididik begitu semenjak kecil lagi.. Bahkan apa sahaja kerja rumah yang termampu dilakukannya sendiri terutama bab masak-memasak..
Teringat Ibtisam pagi tadi, yang seperti pagi-pagi kebiasaannya Ibtisam akan bagun awal pagi untuk menyediakan juadah buat Imran sebelum ke kolej.. Sesuai solat subuh, mandi dan bersiap seadanya, dia bercadang menyediakan ‘chilli spaghetti’ untuk Imran, kerana Imran sering merungut sudah lama tidak menikmati masakan barat akibat sikap Ibtisam yang gemar membawa makanan dari rumah..
“Jomlah sesekali kita makan kat luar.. I dah lama tak makan western.. I suka sangat makan spaghetti dekat Hotel Classic tu.. Sedap sangat! Tapi you tu asyik tapau makanan dari rumah,apa kelas Ib....?”
CHILLI SPAGHETTI
BAHAN-BAHAN:
  • ·         250 gram spaghetti
  • ·         1 biji bawang (dicincang halus)
  • ·         200 gram hirisan ayam
  • ·         100 gram daun parsli
  • ·         50 gram cendawan shitake
  • ·         30 gram bawang putih
  • ·         30ml krim segar
  • ·         250 gram tomato
  • ·         Sedikit keju parmesan
  • ·         Secubit garam
  • ·         Secubit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA:
  • ·         Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau..
  • ·         Masukkan hirsan cendawan..
  • ·         Perlahankan api dan masukkan tomato beserta krim ke dalam sos..
  • ·         Biarkan sehingga pekat..
  • ·         Hidangkan spaghetti dan curahkan sos di atasnya..
  • ·         Taburkan dengan keju parmesan untuk lebih enak..

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 1

NOVEL: AKU TAK PANDAI MEMIKAT

CHAPTER 1:
Suasananya cukup tenang.. Terpukau Ibtisam dek kocakan air dari dasar kolam, cukup mendamaikan hati kecilnya.. Dia duduk di birai kolam sambil tangannya menguis-nguis permukaan air, seakan cuba menarik perhatian sekalian ikan agar timbul di permukaan.. Hatinya senang dengan panorama yang sebegitu memukau...
Entah kenapa, Ibtisam begitu menggemari aktiviti berunsurkan air, salah satu unusur kehidupan yang sangat penting di bumi ciptaan TUHAN ini.. Jadi, walau ke mana sekalipun destinasi yang dituju, tidak hairanlah walau ke mana destinasi dituju, kawasan berair yang menjadi tumpuan utamanya.. Pantai, sungai, kolam, malah dia juga menggemari sukan air, seperti bermain jetski, snorkelling, kayak, dan ketika ini dia sudah tidak sabar lagi mahu mengambil lesen skuba sebaik sahaja cuti semesternya bermula kelak..
“Ib....”
Mati angan Ibtisam dek sapaan tersebut.. Dikalih tubuhnya, dan saat terpandang sesusuk tubuh insan yang amat dekat degannnya, Ibtisam tersenyum mesra.. Buah hatinya itu melabuhkan punggung di atas rumput yang terhampar hijau di sisinya..
“Tak boring ke?”, keluhan dilepaskan..
“You tak boring ke? Tiap-tiap hari duduk kat sini.. You tu suka sangat duduk kat ceruk ni, tak takut ke jatuh dalam kolam tu? Seluas-luas kampus ni, kenapa suka sangat duduk kat tempat sunyi macam ni? Kan elok kita pergi tempat yang meriah, yang ramai, yang happening sikit? Perempuan-perempuan yang I kenal semua tak macam you.. I tengok diaorang semuanya suka shopping, suka make-up, disko, but you? You suka sangat tempat yang sunyi, layan perasaan bagai, aren’t you bored?
Ibtisam sekadar tersenyum mesra..
“Apa sangatlah yang suka sangat dating kat sini? Come on lah, kat sini sunyi sangatlah, bukan ada orang pun? Dahlah tu, you suka sangat bawa bekal bagai, nak picnic konon.. Eh, you and I kan orang berada, apa kelas main tapau-tapau ni? Bukankah lebih baik kita pergi makan kat hotel, restoran, baru kelas! Ib... Ib....  You always like that, behaving like a child..yang baru nak kenal dunia!”
Ibtisam masih lagi tersenyum...
“Tengok tu.. Bila I cakap, you senyum je memanjang.. Terasa macam diperbodoh-bodohkan pula!”
Imran yang terasa letih bercakap, mendepangkan tangan, lalu berbaring di atas rumput dengan beralaskan kedua-dua lengannya sebagai bantal.. Dia memejam rapat matanya, di dalam hati terasa sebal kerana sebentar tadi dia seperti bercakap dengan dirinya sendiri.. Bertambah menggebu perasaannya apabila Ibtisam terus-terusan tersenyum walau dia sedar senyuman itu benar-benar ikhlas dan menawan.. Namun, dek kerana ego yang menguasai dan menebal, dia pula merasakan senyuman itu seolah-olah mengejeknya, bahkan kata-katanya dianggap langsung tidak terkesan oleh Ibtisam.. Sebenarnya dia sedang cuba menahan amarahnya yang sedang meluap-luap...
Indah Ibtisam, kekasih hatinya, Tengku Idzwan Imran.. Kedua-duanya sama cantik, sama padan.. Ibtisam yang sederhana tinggi berkulit putih salju.. Tubuhnya kurus, namun cantik terletak, dan bibirnya merah merekah beserta matanya yang redup dan dengan bulu mata yang tebal bak kasawari, selain rambut yang hitam keperangan, membuat Ibtisam sudah cukup jelita dengan apa yang dimiliki tanpa dia perlu menambah apa pun.. Jujurnya, memang Ibtisam cukup ringkas, bahkan jarang mengenakan solekan, namun kata orang kalau sudah cantik, maka tidak perlu berlebihan juga sudah cukup terserlah..
Untungnya, kecantikan itu kebanyakannya diwarisi daripada bapanya yang berketurunan Irish, dan asset itulah yang melonjakkan Ibtisam menjadi gadis dambaan hati hampir setiap lelaki di kampusnya.. Tetapi sudah tentulah hanya Imran yang berjaya menakluki hati perempuan Indah Ibitisam..
Manakala Idzwan Imran pula jejaka yang dipuja-puja oleh kebanyak penuntut wanita di situ.. Kira-kiranya kalau ada selebriti yang mahu bergandingan dengan Imran, berkemungkinan besar Imran yang lebih didambakan mereka.. Berwajah kacak, behidung mancung dan dengan rambut yang sengaja dipacakkan bergaya, dan bersilih ganti dengan gaya baru saban masa, cermin mata hitam berjenama yang tidak pernah lekang, serta pakaian dan aksesori yang pastinya berjenama antarabangsa sahaja tersarung kemas di tubuhnya yang sasa dan lampai, Imran memang tidak pernah kalah bergaya.. Tambahan pula dia lelaki maskulin yang menitik beratkan penampilan, kalau tidak masakan kulitnya licin tanpa sebutir jua jerawat dan kulitnya cerah tanpa cela..
Semua itu memang cukup membuatkan ramai gadis yang ‘makan hati’ tatkala Imran bergandingan dengan Ibtisam.. Tambahan pula Imran memang pandai menjaga imej dan penampilannya, sesuai dengan status ‘Tengku’ yang dipegangnya.. Maka tidak hairanlah ramai yang kagum dan ramai yang cuba meniru lagak Imran, mahu menjadi ‘wanabe’ kononnya...
Imran dan Ibitisam, pasangan merpati dua sejoli yang keduanya berasal daripada keluarga yang ternama dan berada.. Gandingan yang pad Imran, cukup mantap, hingga membolehkan gelaran ‘HOT COUPLE’ melekat di kalangan penuntut yang lainnya, cukup-cukup ideal...
Tetapi kadangkala yang tersirat itu tidaklah seindah yang tersurat.. Perwatakan mereka cukup berbeza, seperti langit dan bumi.. Imran seringkali terbawa-bawa dengan status dan pangkat keluarganya, suka berlibur dan bermewah, gemarkan barangan mahal dan berjenama, sedang Ibtisam lebih merendah diri, tulus, pendiam, dan tidak gemar bermewah.. Yang nyatanya, Ibtisam seorang pemikir yang lebih senang tersenyum dari berkata yang tidak perlu..
          Perbezaan yang pada mulanya begitu menawan pada mata Imran, lama-kelamaan sedikit-sebanyak mengganggunya.. Mereka sering sahaja berselisih faham; atau lebih tepat lagi, Imran yang sering sahaja merungut akan perbezaan sikap mereka.. Tambahan pula, senyuman Ibtisam tidak pernah berhenti walau apa jua rungutan yang keluar dari mulut Imran membuatkan hati Imran semakin sebal, membengkak, bahkan bernanah! Ini kerana dia merasakan senyuman Ibtisam tidak lebih dari sekadar ‘membakulsampahkan’ kata-kata Imran...BERSAMBUNG

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT: PREVIEW

ASSALAMUALAIKUM..
huhu..
mesti heran kan?
kata nak buat cite 'ANAK ITIK YANG HODOH'
alih-alih ade preview len plak..
actually aku nak tulis cite tuh..
tapi tak abes2..
bzzz memanjang..
asal aku nak tules ade jew rintangan..
idea plak tanak kuo..
so, aku terjumpa la pulak novel yang pernah aku tules dlu..
tapi tak abes...
so aku decided tok sambung cite ni..
n tep aje jalan cite yang dah ade..
papehal jangan lupe ikut bace k..
Jangan lupe gak komen..
hope u guys will luv it..
cite ni 'lazat'
nak tau kenapa?
haha, sile bace...:)


Saturday 7 May 2011

SELAMAT HARI IBU!

SELAMAT HARI IBU!
Buat mak yang selama ini bersusah-payah membesarkan aku..
walau selama ni aku selalu ade perselisihan faham dengan mak..
aku salu lawan cakap mak..
yelah, dah sifat owang tua kan..
pot pet pot pet..
aku org muda mmg malas nak dengar..

kadanag2 tuh nyesal jugak..
tapi yelah,
setan kan rajin berbisik,
bile tgh marah..
fuhh...
banyak btul dose aku kat mak..
but on the other hand...
my mum  is such a friendly mom..
sume kawan2 aku kata..
"mak ko ni bestlah.."
"sportingnye mak ko.."
"klu mak aku jangan haraplah.."
tapi jujurnya..
dlu aku rase mak aku ni sibuk je..
org nak gosip kacau aje..
ape orang nak cakap sume nak dengar..
mm..
tapi act aku tak sedar kot..
dgn cara ni mak lebih rapat dengan kitaorang..
skunk baru aku nampak..
yang mak sangat prihatin dengan keadaan kami..
mak selalu kata..
masa mak kecik sume x boleh..
bercinta2 ni mmg atuk larang..
tak macam kitaorang..
TQ mak,i love you...

 

now aku da jadi ibu...
aku tau betapa letihnya menjadi ibu..
tugas ibu memang meletihkan..
jadi surirumah macam tadew keje..
tapi sebenarnya keje tak pernah berenti..
buat sume ibu..
HAPPY MOTHER'S DAY!

Thursday 5 May 2011

ANAK ITIK YANG HODOH (PREVIEW)

Huhu...
At last start jugak nak tulis novel sendiri..
Buat yang dah follow TQ sangat-sangat..
Buat yang belum,
jangan segan-segan follow k..
Ni preview novel baru..
Tolong komen..
n JANGAN LUPE BACE
TQ..:)

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 7) AKHIR


Perkhemahan selama 4 hari 3 malam itu memang cukup-cukup meletihkan, pelbagai aktiviti dan acara berlangsung sepanjang perkhemahan.. Rata-rata berasa cukup teruja dan tidak kurang juga yang merungut dengan aktiviti yang pelbagai beserta meletihkan, tidak kurang juga mereka-mereka yang tidak tahan dengan serangga dan pacat, dan keadaan di mana mereka terpaksa berdikari sendiri, maklumlah sesetengahnya sudah terbiasa segalanya terhidang di hadapan mereka..
Bagi kesemua ahli Persatuan Puteri Islam, mereka sebenarnya amat berseronok sepanjang perkhemahan tersebut, pelbagai perkara baru yang telah mereka pelajari, tidak kurang juga pengalaman yang kurang enak, yang melucukan, yang menggembirakan, tambahan pula buat Amy, Izan, Imah, Ifa, dan Ira, mereka dapat menyertai perkhemahan bersama-sama, yang mana satu pengalaman yang belum pernah dirasai mereka sebelum ini...
Amy tambahan pula, dia merasakan hari-hari yang berlalu terlalu pantas melewati mereka.. Perkhemahan tersebut telah membibitkan perasaan yang luarbiasa pada dirinya.. Entahkan cinta, entahkan sayang.. Tetapi dia merasakan ada suatu perasaan yang sedang mekar di sanubarinya.. Seperti ada sesuatu di dalam hatinya yang sedang membisikkan nama Ah Sia, yang menyanyikan lagu kebahagiaan... Dan Amy, terasa bahagia..
Sesungguhnya walau tempoh 4 hari 3 malam itu terlalu singkat untuk dia mengenali apatah lagi menyayangi seseorang, tetapi Amy tidak mampu menafikan yang perasaan itu ada.. Tambahan pula dengan kesungguhan yang ditunjukkan Ah Sia untuk menawan hatinya, Amy tidak dapat menyangkal lagi..
Dengan menggunakan kelebihan sebagai mentor kumpulan, Ah Sia memang benar-benar menggunakan kesempatan yang ada untuk cuba mendekati Amy, dan Amy juga berasa semakin dekat dengannya, tidak lagi kekok atau cuba melarikan diri, sebaliknya menerima segala kebaikan dan kesungguhan Ah Sia.. Dan Amy akui, mereka begitu akrab, malah kadangkala kelihatan begitu asyik berbual berdua, dan sering juga berjalan beriringan.. Puas juga yang lain mengusik, termasuk senior-senior mereka, tetapi mereka bagai hanyut dalam dunia sendiri.. Yang penting adalah, apa yang mereka rasa adalah sesuatu yang tak mudah untuk mereka lepaskan pada ketika ini...
Saat-saat terakhir perkhemahan, masing-masing bersedia mengucapkan salam perpisahan.. Ada yang bertukar-tukar email, alamat facebook, dan nombor telefon..  Ada juga yang sedih, dan saling berpelukan, terutamanya yang perempuan.. Tak kurang yang teruja hendak berbaring di tilam empuk yang menanti di rumah, almaklumlah puas berpanas berhujan..
Dalam keramaian, Amy tercari-cari kelibat Ah Sia.. Sebenarnya hatinya terasa berat untuk pulang, tetapi sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya.. Namun Amy mengharapkan yang ini adalah lebih kepada suatu permulaan, bukannya pengakhiran, agar kebahagiaan yang dirasakannya tidak terhenti di situ.. Namun di dalam hatinya terasa gusar, takut-takut ini hanyalah fantasi, dan sebaik tersedar, segalanya akan berlalu pergi..
Sedang dia bersalaman dengan yang lainnya, dia dapat mengesan kelibat Ah Sia yang berada dalam jarak beberapa meter sedang memerhatikannya.. Dia tidak tahu sudah berapa lama Ah Sia di situ, namun dia terasa ingin benar datang dan mendekati Ah Sia, namun fikiran warasnya melarang.. Dengan begitu ramai pelajar perempuan di sekelilingnya dan sedang asyik berbual serta mengucapkan salam perpisahan, memang mustahil untuk dia ke sana.. Harapannya agar Ah Sia mendekatinya, namun itu lebih mustahil.. Masakan dia mahu mendekati kumpulan pelajar perempuan yang ramai itu, apa pula kata mereka yang lainnya..
Beberapa minit berlalu, dan kebanyakan dari mereka telah menaiki bas.. Amy masih lagi berbual dengan yang lainnya, sedang matanya menatap wajah Ah Sia yang masih lagi merenungnya..
Tiba-tiba Ah Sia melambaikan tangannya, menggamit Amy agar datang dekat dengannya.. Amy mengerutkan dahi, malu rasanya hendak mendekati Ah Sia.. Dan tanpa disedari Amy, reaksinya itu dapat dikesan oleh Ifah..
"Amboi, bukan main lagii...."
Amy terkejut
"What?"
"Macamlah aku tak nampak duk main mata tuh.. Siap lambai-lambai lagi ha..."
Yang lainnya mula riuh mencari dan memerhati, sambil mengusik-ngusik Amy..
"Dia tunggu ko tu, pergilah.."
"Aahla, mestilah dia nak ucap bye bye"
"Nak kiss goodbye tuh.."
"Ish! Korang ni lebih-lebihlah!"
Amy terasa ingin benar berlari dan mendapatkan Ah Sia, namun dia malu yang teramat.. Perasaan bimbang, gusar, dan bermacam-macam lagi sedang bermukim di hatinya..
"Cepatlah, nanti menyesal.. Bas pun dah nak gerak ni..."
Amy ditolak oleh rakan-rakannya, diasak supaya pergi mendapatkan Amy.. Melihatkan situasi tersebut, Ah Sia sendiri datang mendekatinya.. Hendak atau tidak, terpaksalah Amy bergerak ke hadapan, sedang yang lainnya terus-terusan menolaknya..
"Hai"
"Hai"
Diam.. Keduanya hilang kata..
"Nak balik dah ye.."
"Yup"
"I'll be missing you then"
Terkejut dengan pernyataan Ah Sia, Amy cuba menyembunyikan keterujaannya..
"Hmm.."
"Why? Salah ke?"
Amy diam..
"Sorry kalau I salah cakap..?"
"I takut kata-kata you di bibir aje.."
"Meaning..?"
"Mane la tau, lepas ni kite jumpe you buat tak kenal je.."
"Ooo... Is that means yang you'll be missing me too..?"
Amy diam lagi.. Terkejut sebenarnya dengan kesimpulan yang dibuat Ah Sia.
"I'll be the most luckiest man on earth if you do so.."
"I've never said anything like that.."
"so, you won't be missing me..?"
"Well.. I dont know yet.."
"Why dont you just admit that you like me?"
Amy memandang wajah Ah Sia, mulutnya terasa ringan hendak membalas yang indah-indah pada Ah Sia.. Namun, segalanya masih awal, dan dia belum punya keberanian itu..
"I like you.. And for the fact that I really-really like you.. And I hope that you also do like me.."
Amy merenung ke dalam mata Ah Sia.. Cahaya kejujuran itu memancar terus ke hatinya, namun bukan hati Ah Sia yang diragui, bahkan hatinya sendiri.. Dia tidak tahu kalau hatinya mampu setulus jejaka itu..
"I'll try.."
Ah Sia mengerut dahi, cuba memahami erti perkataan Amy...
"I nak kenal you lebih lagi, we barely know each other.."
Amy senyum, dan Ah Sia membalas senyuman itu dengan penuh perasaan.. Indah.. Sungguh indah perasaan mereka ketika itu..
"Can I have your phone number?"
Amy tersenyum.. Dia cuba membuka beg sandangnya yang sarat itu untuk mengeluarkan pen dan kertas, namun tiba-tiba terdengar jeritan dan usikan nakal dari yang lain dari atas bas.. Rupa-rupanya semua pelajar telah menaiki bas, dan sedang menonton 'drama' yang berlangsung di situ.. Malunya Amy tidak terkata, tambahan pula sorakan dari pelajar lelaki yang mengusik mereka..
"Peh,ada drama tuhhhh"
"Wei, cepatlah naik, bas nak jalan"
"Tinggal aje, abang tu boleh hantar"
"woww, sempat lagi"
"feeewweeettt"
Ah Sia yang menyedari kekalutan itu bertindak segera mengeluarkan pen dari poketnya, mengambil tapak tangan Amy dan menulis di atasnya.. Amy agak terkejut dengan tindakan Ah Sia, namun dia membatukan diri, entahkan terkejut, entahkan malu, entahkan suka, segalanya bercampur-baur.. Sedang pelajar-pelajar di atas bas semakin galak mengusik..
"Done.. Yours?"
Amy buntu, masih terkejut barangkali..
"Takpelah.. Later on you call me ok.. Cepatlah naik bas tu, nanti kena tinggal.."
Amy mengangguk, lalu perlahan-lahan melangkah ke arah bas.. Reaksinya masih kaku, dia terkejut, bercampur sedih, bercampur malu, namun yang pasti hatinya pasti merindu.. Dari dalam bas dia memerhatikan Ah Sia yang masih lagi berdiri menunggu.. Dan saat bas berlalu, secebis perasaannya bagai jatuh di situ, meninggalkan memori 'CINTA AIS' yang pasti akan terus terpahat di kalbu.. Mudah-mudahan....
THE END