my player..njoy! :)

Thursday 5 May 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 7) AKHIR


Perkhemahan selama 4 hari 3 malam itu memang cukup-cukup meletihkan, pelbagai aktiviti dan acara berlangsung sepanjang perkhemahan.. Rata-rata berasa cukup teruja dan tidak kurang juga yang merungut dengan aktiviti yang pelbagai beserta meletihkan, tidak kurang juga mereka-mereka yang tidak tahan dengan serangga dan pacat, dan keadaan di mana mereka terpaksa berdikari sendiri, maklumlah sesetengahnya sudah terbiasa segalanya terhidang di hadapan mereka..
Bagi kesemua ahli Persatuan Puteri Islam, mereka sebenarnya amat berseronok sepanjang perkhemahan tersebut, pelbagai perkara baru yang telah mereka pelajari, tidak kurang juga pengalaman yang kurang enak, yang melucukan, yang menggembirakan, tambahan pula buat Amy, Izan, Imah, Ifa, dan Ira, mereka dapat menyertai perkhemahan bersama-sama, yang mana satu pengalaman yang belum pernah dirasai mereka sebelum ini...
Amy tambahan pula, dia merasakan hari-hari yang berlalu terlalu pantas melewati mereka.. Perkhemahan tersebut telah membibitkan perasaan yang luarbiasa pada dirinya.. Entahkan cinta, entahkan sayang.. Tetapi dia merasakan ada suatu perasaan yang sedang mekar di sanubarinya.. Seperti ada sesuatu di dalam hatinya yang sedang membisikkan nama Ah Sia, yang menyanyikan lagu kebahagiaan... Dan Amy, terasa bahagia..
Sesungguhnya walau tempoh 4 hari 3 malam itu terlalu singkat untuk dia mengenali apatah lagi menyayangi seseorang, tetapi Amy tidak mampu menafikan yang perasaan itu ada.. Tambahan pula dengan kesungguhan yang ditunjukkan Ah Sia untuk menawan hatinya, Amy tidak dapat menyangkal lagi..
Dengan menggunakan kelebihan sebagai mentor kumpulan, Ah Sia memang benar-benar menggunakan kesempatan yang ada untuk cuba mendekati Amy, dan Amy juga berasa semakin dekat dengannya, tidak lagi kekok atau cuba melarikan diri, sebaliknya menerima segala kebaikan dan kesungguhan Ah Sia.. Dan Amy akui, mereka begitu akrab, malah kadangkala kelihatan begitu asyik berbual berdua, dan sering juga berjalan beriringan.. Puas juga yang lain mengusik, termasuk senior-senior mereka, tetapi mereka bagai hanyut dalam dunia sendiri.. Yang penting adalah, apa yang mereka rasa adalah sesuatu yang tak mudah untuk mereka lepaskan pada ketika ini...
Saat-saat terakhir perkhemahan, masing-masing bersedia mengucapkan salam perpisahan.. Ada yang bertukar-tukar email, alamat facebook, dan nombor telefon..  Ada juga yang sedih, dan saling berpelukan, terutamanya yang perempuan.. Tak kurang yang teruja hendak berbaring di tilam empuk yang menanti di rumah, almaklumlah puas berpanas berhujan..
Dalam keramaian, Amy tercari-cari kelibat Ah Sia.. Sebenarnya hatinya terasa berat untuk pulang, tetapi sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya.. Namun Amy mengharapkan yang ini adalah lebih kepada suatu permulaan, bukannya pengakhiran, agar kebahagiaan yang dirasakannya tidak terhenti di situ.. Namun di dalam hatinya terasa gusar, takut-takut ini hanyalah fantasi, dan sebaik tersedar, segalanya akan berlalu pergi..
Sedang dia bersalaman dengan yang lainnya, dia dapat mengesan kelibat Ah Sia yang berada dalam jarak beberapa meter sedang memerhatikannya.. Dia tidak tahu sudah berapa lama Ah Sia di situ, namun dia terasa ingin benar datang dan mendekati Ah Sia, namun fikiran warasnya melarang.. Dengan begitu ramai pelajar perempuan di sekelilingnya dan sedang asyik berbual serta mengucapkan salam perpisahan, memang mustahil untuk dia ke sana.. Harapannya agar Ah Sia mendekatinya, namun itu lebih mustahil.. Masakan dia mahu mendekati kumpulan pelajar perempuan yang ramai itu, apa pula kata mereka yang lainnya..
Beberapa minit berlalu, dan kebanyakan dari mereka telah menaiki bas.. Amy masih lagi berbual dengan yang lainnya, sedang matanya menatap wajah Ah Sia yang masih lagi merenungnya..
Tiba-tiba Ah Sia melambaikan tangannya, menggamit Amy agar datang dekat dengannya.. Amy mengerutkan dahi, malu rasanya hendak mendekati Ah Sia.. Dan tanpa disedari Amy, reaksinya itu dapat dikesan oleh Ifah..
"Amboi, bukan main lagii...."
Amy terkejut
"What?"
"Macamlah aku tak nampak duk main mata tuh.. Siap lambai-lambai lagi ha..."
Yang lainnya mula riuh mencari dan memerhati, sambil mengusik-ngusik Amy..
"Dia tunggu ko tu, pergilah.."
"Aahla, mestilah dia nak ucap bye bye"
"Nak kiss goodbye tuh.."
"Ish! Korang ni lebih-lebihlah!"
Amy terasa ingin benar berlari dan mendapatkan Ah Sia, namun dia malu yang teramat.. Perasaan bimbang, gusar, dan bermacam-macam lagi sedang bermukim di hatinya..
"Cepatlah, nanti menyesal.. Bas pun dah nak gerak ni..."
Amy ditolak oleh rakan-rakannya, diasak supaya pergi mendapatkan Amy.. Melihatkan situasi tersebut, Ah Sia sendiri datang mendekatinya.. Hendak atau tidak, terpaksalah Amy bergerak ke hadapan, sedang yang lainnya terus-terusan menolaknya..
"Hai"
"Hai"
Diam.. Keduanya hilang kata..
"Nak balik dah ye.."
"Yup"
"I'll be missing you then"
Terkejut dengan pernyataan Ah Sia, Amy cuba menyembunyikan keterujaannya..
"Hmm.."
"Why? Salah ke?"
Amy diam..
"Sorry kalau I salah cakap..?"
"I takut kata-kata you di bibir aje.."
"Meaning..?"
"Mane la tau, lepas ni kite jumpe you buat tak kenal je.."
"Ooo... Is that means yang you'll be missing me too..?"
Amy diam lagi.. Terkejut sebenarnya dengan kesimpulan yang dibuat Ah Sia.
"I'll be the most luckiest man on earth if you do so.."
"I've never said anything like that.."
"so, you won't be missing me..?"
"Well.. I dont know yet.."
"Why dont you just admit that you like me?"
Amy memandang wajah Ah Sia, mulutnya terasa ringan hendak membalas yang indah-indah pada Ah Sia.. Namun, segalanya masih awal, dan dia belum punya keberanian itu..
"I like you.. And for the fact that I really-really like you.. And I hope that you also do like me.."
Amy merenung ke dalam mata Ah Sia.. Cahaya kejujuran itu memancar terus ke hatinya, namun bukan hati Ah Sia yang diragui, bahkan hatinya sendiri.. Dia tidak tahu kalau hatinya mampu setulus jejaka itu..
"I'll try.."
Ah Sia mengerut dahi, cuba memahami erti perkataan Amy...
"I nak kenal you lebih lagi, we barely know each other.."
Amy senyum, dan Ah Sia membalas senyuman itu dengan penuh perasaan.. Indah.. Sungguh indah perasaan mereka ketika itu..
"Can I have your phone number?"
Amy tersenyum.. Dia cuba membuka beg sandangnya yang sarat itu untuk mengeluarkan pen dan kertas, namun tiba-tiba terdengar jeritan dan usikan nakal dari yang lain dari atas bas.. Rupa-rupanya semua pelajar telah menaiki bas, dan sedang menonton 'drama' yang berlangsung di situ.. Malunya Amy tidak terkata, tambahan pula sorakan dari pelajar lelaki yang mengusik mereka..
"Peh,ada drama tuhhhh"
"Wei, cepatlah naik, bas nak jalan"
"Tinggal aje, abang tu boleh hantar"
"woww, sempat lagi"
"feeewweeettt"
Ah Sia yang menyedari kekalutan itu bertindak segera mengeluarkan pen dari poketnya, mengambil tapak tangan Amy dan menulis di atasnya.. Amy agak terkejut dengan tindakan Ah Sia, namun dia membatukan diri, entahkan terkejut, entahkan malu, entahkan suka, segalanya bercampur-baur.. Sedang pelajar-pelajar di atas bas semakin galak mengusik..
"Done.. Yours?"
Amy buntu, masih terkejut barangkali..
"Takpelah.. Later on you call me ok.. Cepatlah naik bas tu, nanti kena tinggal.."
Amy mengangguk, lalu perlahan-lahan melangkah ke arah bas.. Reaksinya masih kaku, dia terkejut, bercampur sedih, bercampur malu, namun yang pasti hatinya pasti merindu.. Dari dalam bas dia memerhatikan Ah Sia yang masih lagi berdiri menunggu.. Dan saat bas berlalu, secebis perasaannya bagai jatuh di situ, meninggalkan memori 'CINTA AIS' yang pasti akan terus terpahat di kalbu.. Mudah-mudahan....
THE END

No comments: