my player..njoy! :)

Tuesday 10 May 2011

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 2


“Im....”
Pantas, mata Imran terbuka luas tatkala mendengar sapaan Ibtisam, sekaligus mematikan lamunannya..
“Agak-agak awak, berapa banyak ikan dalam kolam ni?”
Imran mengerutkan dahi, cuba memahami tujuan soalan itu..
“Tentu dah lama kolam ni wujud kan, tengoklah betapa banyaknya ikan dalam kolam ini..”
Imran mengangkat kening lalu memandang wajah Ibtisam.. Kerutan di dahinya semakin bertambah sementelah dia cuba memahamkan maksud butir bicara Ibtisam tersebut.. Ibtisam selalu punya persoalan dan pandangan yang terlalu aneh baginya.. Kiasannya kadang-kadang terlalu halus, dan kata-katanya selalunya mengandungi seribu satu makna yang sering gagal ditafsir dek akalnya..
“Ib tengok ada berpuluh-puluh jenis ikan dalam ni.. Pelik, mereka tetap hidup harmoni, berkongsi satu ruang kecil ni bersama-sama.. Dah tentu takde kroni dan kasta kan, walau kadang-kadang yang besar makan yang kecil, namun tetap takde pergaduhan kan...”
“Maksud you ni apa Ib? I didn’t get it! Lagipun I tak fahamlah bahasa ikan, nak tau diaorang gaduh ke tak..?”
Ibtisam tersenyum manja, lucu melihat jejaka di sebelahnya itu, walau Imran berharta, ada rupa, bijak, namun kadangkala Imran ini seorang yang ‘blur’.. Dan tidak dapat dinafikan apabila melihat Imran di dalam keadaan yang sebegitu ‘naif’, dia sedar yang itu adalah momen yang paling digemarinya.. Wajahnya yang keliru begitu ‘cute’ pada pandangan Ibtisam, dan itulah yang membuatkan hati Ibitisam semakin terpaut!
Imran terus-terusan mengerutkan dahinya, masih lagi berfikir.. Ibtisam pula mengeluarkan bekas makanan yang dibawanya seraya menghulurkan ‘chilli spaghetti’ yang dibawanya.. Imran pantas melupakan persoalan tadi, lalu menyambut bekalan makanan tersebut dan menyuapkannya ke dalam mulutnya.. Meski sering meleteri sikap Ibtisam yang sering membawa bekalan dari rumah, namun pelawaan Ibtisam jarang sekali dapat ditolak oleh Imran lantaran keenakan juadah tersebut..
“Bibik yang masak ke?”
Ibtisam tersenyum lagi.. Senyuman itu sudah cukup sinonim dengan Ibtisam, tidak mampu ditahan apatah lagi disembunyikan, melambangkan keluhuran hatinya.. Dia seronok melihat Imran menikmati juadah dengan begitu berselera, malah sesekali dilihat Imran begitu gelojoh sehingga meninggalkan kesan di pipinya..
Sedar atau tidak, hidangan yang dibawa Ibtisam tidak pernah bersisa, licin dihabiskan oleh kekasih hatinya itu.. Ini membuatkan Ibtisam terus-terusan ingin membawa bekalan ke kampus setiap hari meski dilarang dan dimarahi.. Entah mengapa, Imran sering gagal mengawal kegelojohannya tatkala berdua-duaan begini, berbeza sekali sewaktu mereka makan berdua di restoran mahupun hotel, yang mana Imran sering patuh pada protokol dan menjaga tertib serta adab sewaktu makannya.. Ralit Ibtisam mentap aksi kebudak-budakan Imran itu..
“Dah habis.. Ada lagi tak?”
Ibtisam tertawa kecil, lantas menggeleng.. Dia mengambil sapu tangan dari begnya dan mengesat bibir dan pipi Imran yang comot itu..
Imran mendengus halus, malu ditertawakan.. Dia lalu cepat-cepat mencapai sapu tangan dari pegangan Ibtisam dan menyapu sendiri wajahnya..
“Lainkali you tak payahlah bawa bekal beria-ia sangat macam ni.. Kita kan mampu nak ke hotel atau restoran, nikmati ribuan lagi juadah yang sedap-sedap belaka.. Takkan habisnya duit daddy I yang bertibun-timbun tu.. Lagipun I kan anak tunggal, tak ke mana mengalirnya that money kalau bukan dekat I.. You pun macam tu juga, anak tunggal kan? So, apa yang you susahkan sangat? Entah-entah ‘leftover’ makanan yang kat rumah you tu yang you bagi dekat I tak??”
Imran mengerlingkan ke wajah Ibtisam yang terus-terusan tersenyum.. Dia mencebikkan bibirnya, mengajuk senyuman Ibtisam yang tidak pernah lekang itu..
“Nope.. Saya masak khas untuk awak, Im..Not more or less...”
“Mm.. Baguslah.. Bibik masak kan? Bibik you memang pandai masak kan.. Tak sangka western pun dia pandai...”
Ibtisam sekadar tersenyum.. Malas sebenarnya dia hendak memberitahu Imran yang sebenarnya segala juadah yang dibawanya untuk Imran selama ini adalah hasil air tangannya sendiri.. Tambahan pula Imran cukup pantang kalau dia sibuk-sibuk mengambilalih peranan bibik pembantu rumahnya, takut tangan Ibtisam kasar  katanya.. Lagipun kata Imran, pembantu rumah memang telah digajikan khas, jadi, biarlah bibik menjalankan tanggungjawabnya, dan Ibtisam hanya perlu memberi arahan.. Imran sendiri mempunyai 3 pembantu khas yang digajikan oleh daddy dan mummynya..
Sedang tanpa pengetahuan Imran, Ibtisam memang rajin membantu bibik membuat tugasan dapur, kerana dia telah dididik begitu semenjak kecil lagi.. Bahkan apa sahaja kerja rumah yang termampu dilakukannya sendiri terutama bab masak-memasak..
Teringat Ibtisam pagi tadi, yang seperti pagi-pagi kebiasaannya Ibtisam akan bagun awal pagi untuk menyediakan juadah buat Imran sebelum ke kolej.. Sesuai solat subuh, mandi dan bersiap seadanya, dia bercadang menyediakan ‘chilli spaghetti’ untuk Imran, kerana Imran sering merungut sudah lama tidak menikmati masakan barat akibat sikap Ibtisam yang gemar membawa makanan dari rumah..
“Jomlah sesekali kita makan kat luar.. I dah lama tak makan western.. I suka sangat makan spaghetti dekat Hotel Classic tu.. Sedap sangat! Tapi you tu asyik tapau makanan dari rumah,apa kelas Ib....?”
CHILLI SPAGHETTI
BAHAN-BAHAN:
  • ·         250 gram spaghetti
  • ·         1 biji bawang (dicincang halus)
  • ·         200 gram hirisan ayam
  • ·         100 gram daun parsli
  • ·         50 gram cendawan shitake
  • ·         30 gram bawang putih
  • ·         30ml krim segar
  • ·         250 gram tomato
  • ·         Sedikit keju parmesan
  • ·         Secubit garam
  • ·         Secubit serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA:
  • ·         Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau..
  • ·         Masukkan hirsan cendawan..
  • ·         Perlahankan api dan masukkan tomato beserta krim ke dalam sos..
  • ·         Biarkan sehingga pekat..
  • ·         Hidangkan spaghetti dan curahkan sos di atasnya..
  • ·         Taburkan dengan keju parmesan untuk lebih enak..

No comments: