my player..njoy! :)

Saturday, 28 May 2011

NOVEL AKU TAK PANDAI MEMIKAT 4

Ibtisam tersenyum, dan wajah Imran begitu bercahaya, fikirnya dia akan mendapat jawapan yang positif dari Ibtisam.. Namun sebaliknya Ibtisam menggelengkan kepala.. Hilang terus rasa teruja Imran, seterusnya dia membungkam, dan spontan mendengus kasar.. Dia mengutuk di dalam hati, kerana sepatutnya dia sudah jelas sikap Ibtisam itu bagaiman, yang mana senyuman itu sentiasa melingkari sudut wajahnya.. Bukankah senyuman itu memang kebiasaannya?
"Im.. Ib harap Im faham.. Sejak dari mula kita kenal lagi, Im dah tau Ib orangnya macammana, kan?"
Imran masih membungkam, kecewa kerana tidak dapat menyertai parti sahabat baiknya yang pastinya meriah itu.. Dapat dibayangkan mereka-mereka yang hadir untuk berseronok.. Dan sudah pastinya kesemua temannya hadir, berparti sehingga ke dinihari.. Sementelah pula Imran sudah lama tidak berparti, semuanya dek kerana menurut kerenah Ibtisam yang tidak mahu turut serta..
"Jom keluar?"
"Keluar? Isn´t that party start at 6?", Ibtisam mengerling ke arah jam di dinding, pukul 5 petang..
"Cancel....!"
"But, aren´t you supposed to be there? Kek ni macammana?"
"Bawa sekali.."
"Kalau Im nak pergi parti tu, tak payahlah kita keluar.."
"Could you please shut up and just follow me??"
Terkejut Ibtisam dengan tempikan Imran, benar-benar terpana kerana Imran tidak pernah lagi menjerkahnya sebegitu rupa sebelum ini, sekadar marah atau membebel tidak puashati itu biasalah..
"Ya ampun! Cik! Cik! Apa ribut-ribut begini?? Cik ngak apa-apa??"
Melihatkan wajah bibik yang cemas, serta Ibtisam yang terkesima selepas diherdiknya sebentar tadi, Imran berlalu dengan wajah yang benar-benar sebal, saja hendak menunjukkan kuasa veto sebenarnya, menunjuk ketidakpuashatiannya, dan melangkah laju , keluar dari villa tersebut..
"Cik! Cik! Cik ngak apa-apa??"
Ibtisam yang masih lesi wajahnya, menggelengkan kepala, seraya tangannya pantas mencapai kek di atas kaunter meja, lalu melangkah deras menuruti jejak Imran.. Serasa mahu menangis, tetapi dek perasaan terkejut tidak lagi hilang, Ibtisam gagal mempamerkan emosi ketika ini..
Namun setelah beberapa langkah menapak, Ibtisam berpaling ke arah bibik..
"Beritahu mama, Ib keluar dengan Imran sekejap ya.."
"Baik cik, hati-hati ya!", ujar bibik sedikit gusar..
Pantas, langkah diatur kembali , meninggalkan bibik yang tergeleng-geleng kepalanya, simpati dengan nasib Ibtisam.. Menurut bibik, Ibtisam selalu sahaja mengalah dan sering menurut sahaja kata-kata Imran, langsung tidak dibantah.. Bukannya bibik tidak sukakan Imran, namun perwatakan Imran kadangkala menjelikkan, dan yang sering menjadi mangsa sudah tentulah Ibtisam..
Ibtisam berlari-lari anak mendapatkan Imran yang baru sahaja menghidupkan enjin keretanya.. Ibtisam memasuki kereta, dan duduk tunduk menikus sambil meriba kek di pangkuannya..
"Beg you mana..?"
Barulah Ibtisam terperasan yang dia terlupa tas tangannya dek kerana terlalu hendak cepat.. Tergesa-gesa dia keluar dari kereta..
"Kot ye pun, letaklah kek tu dulu.."
Maka terkocoh-kocoh dia kembali ke ferrari merah tersebut, seraya meletakkan kek di tempat duduknya, menutup pintu, dan kembali ke rumah..
"Ib!"
Ibtisam menoleh..
"Salin baju you tu sekali.."
Ibtisam memandang ke tubuhnya, dan barulah di tersedar yang dia sekadar memakai t-shirt dan seluar trek.. Sebenarnya bukanlah tidak boleh berpakaian begitu, namun faham-faham sahajalah kalau bergandingan dengan Tengku Idzwan Imran yang cerewet itu, sudah pasti bernanah telinganya dengan omelan berbaur tidak puas hati dari Imran sepanjang perjalanan kelak..
Maka Ibtisam mengangguk dan berlari-lari anak ke dalam, dan sepantas kilat mendaki tangga untuk sampai ke biliknya di tingkat atas..
Bibik Narti yang melihat aksi-aksi kalut Ibtisam menggelengkan lagi kepalanya.. Dia tahu tika ini tidak berguna jika dia nmenegur Ibtisam, sia-sia.. Ibarat mencurah air ke daun keladi.. Silap-silap haribulan, dia pula yang bakal diherdik Imran..
Tergopoh-gapah Ibtisam menyalin pakaian, sepasang kemeja-t berkolar berwarna merah jambu dipadankan dengan celana longgar putih berbunga gaya inggeris.. Kemudian dia merapikan rambutnya ala kadar, berbedak, dan mencali sedikit lip gloss jenama Revlon, sedikit pemerah pipi dan maskara, lalu menyarung kacamata GUESS serta menjinjing beg kecil berwarna krim.. Gayanya cukup ringkas, tetapi sesuai.. Yang pentingnya, menawan.. Melengkapkan penampilan, dia tidak lupa menyembur sedikit haruman Herve Leger pada tubuh.. Siap berdandan, dia turun ke bawah langsung mendapatkan Imran yang sedari tadi menunggu..
Selalunya Ibtisam memang tidak sekalut ini, sebaliknya dia memang terkenal dengan sikap yang sentiasa bersedia, terkawal dan bijaksana.. Namun mungkin dek jerkahan Imran sebentar tadi, perwatakannya langsung berubah, dan dia gagal bereaksi seperti kebiasaannya.. Semuanya menjadi kelam-kabut, sekalut perasaannya ketika ini..

No comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget