my player..njoy! :)

Thursday 28 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 6)


Perbincangan mereka berterusan.. Dan kali ini mereka hendak memikirkan logo yang sesuai pula.. Amy berasa rimas, duduknya, perkataannya, perbuatannya semua seakan tidak kena kerana dirinya sentiasa berada dalam pemerhatian Ah Sia.. Jujur, dia tidak tahu apa yang istimewa pada dirinya, dan jujur juga dia lebih tidak mengerti kenapa Ah Sia cukup berusaha untuk mendekati dirinya.. Pada Amy, dia tidak ubah seperti gadis biasa yang lain, dan perlakuan serta layanan Ah Sia membuatkan Amy mati akal untuk bereaksi.. Dia juga tidak tahu mengapa, dia seakan takut dengan situasi begini..
"Ade sesiapa yang pandai melukis?"
Pantas, Amy mengangkat tangan.. Sebenarnya dia ingin lari dari situasi ini, ini keluar dari perbincangan ini, agar dapat dia keluar dari rasa kekoknya.. Mujur juga Amy dikurniakan bakat melukis yang semulajadi, maka dapat juga dimanfaatkan kelebihannya ketika ini..
Amy mencapai marker dan kadbod yang dihulurkan abang Rama, lalu sengaja dia memilih tempat yang agak terasing sedikit dari ahli kumpulannya yang lain dan mula memikirkan apa yang sepatutnya dilukis olehnya.. Sebenarnya, renungan serta reaksi Ah Sia yang lebih difikirkan berbanding memikirkan apa yang hendak dilukis ketika ini.. Sungguh, walau kadangkala perasaan Ah Sia yang tidak bertapis itu mengganggu tumpuan dan perasaannya, namun bahagia yang dirasakan semakin menghangatkan perasaannya waktu itu.. Tidak terduga dia akan menyukai dan disukai jejaka itu, dan lebih tidak terduga semuanya berlaku dengan sekelip mata, pada saat dan ketika yang tidak pernah tercapai dek akalnya...
"You nak lukis ape?"
Entah dari mana munculnya, tiba-tiba sahaja Ah Sia sudah duduk di sisinya.. Dalam hati, Amy mengutuk dirinya yang ralit menyulam angan-angan, tidak sedar yang Ah Sia sudah berada di situ..
"Tak..Tak tau lagi, takde idea.."
Tergagap-gagap Amy menjawab..
"mm.. Kalau susah sangat, you lukis aje 10 orang budak perempuan yang comel-comel.. Senang dan ikut tema kan..?"
Luarbiasa! Sekali lagi Amy kagum dengan kebijaksanaan pemuda itu.. Cukup luarbiasa, tidak menyusahkan dia hendak berfikir..
"Mm.. Okay jugak.. You know what, you ni banyak idea yang bernas tau.."
"Maksud you?"
"Yalah, you punya suggestion untuk nama group kita memang brilliant, its blow my mind.. And just now, idea you ni pun menarik, tentang idea logo, sedangkan dari tadi I penat berfikir.."
"Tapi I tak sehebat you..."
Tangan Amy yang sedang ligat melukis terhenti.. Dia menoleh ke wajah Ah Sia, mengharapkan penjelasan.. Ah Sia sebaliknya ralit memandang lukisan Amy yang berupa kartun-kartun anime yang comel di atas kadbod itu...
"I hebat yang macammana? I can't get it?"
Giliran Ah Sia pula merenung Amy, dan pandangan mereka bertemu... Namun cepat-cepat Amy mengalih wajahnya dan meneruskan kerja-kerja melukisnya, dia tidak punya lagi keberanian untuk menatap mata Ah Sia..
"You memang berbakat melukis kan, tak sangke.."
"Biasa aje.."
"Biasa? I thought that this is cute, adorable", ujar Ah Sia sambil menunjuk pada lukisan Amy..
"Biasa aje"
Entah kenapa, Amy mengulang kata yang sama, malu menguasainya barangkali.. Mungkin juga wajah Amy sedang merona ibarat udang dibakar, Amy tidak tahu, namun ingin saja dia lari dari situasi itu, kerana terasa amat sukar untuk dia bernafas dengan kehadiran Ah Sia dan juga perkataannya yang semakin kerap singgah di hati Amy...
"One day I nak you lukis gambar I.. Boleh?"
"Maybe.. Kalau ade kesempatan.."
"Macam tak sudi?"
"Tengoklah macammana.."
"I ni kan tak hensem, so you mungkin tak nak lukis I kan"
"Ish, taklah.. You bagi gambar, then I lukislah okay..?"
"You kan dah ade gambar I?"
"Aik, bile? You pernah bagi kat I? Tapi kenapa I tak pernah tau pun?"
"Kan tadi kawan-kawan you dah amik gambar kita?"
Tiba-tiba Amy teringat peristiwa Ah Sia membawa ais untuk mereka siang tadi.. Bibir Amy tidak dapat menyembunyikan senyuman yang terukir..
"I nak you lukis gambar kita berdua...", kata Ah Sia separuh berbisik dekat dengan telinga Amy..
Amy yang memandang wajah Ah Sia di sisinya, pandangan mereka bertemu untuk sekian kalinya, dan kali ini Amy tidak mampu lagi menyembunyikan riak kebahagiaan pada wajahnya.. Bahagia dan bahagia, itu saja yang dirasakannya kini, dan perasaan  itu bagai membawa dirinya ke awanan biru, terasa lapang dan indah dunia jika dilihat dari persepsinya kini...
Secara tiba-tiba ahlinya yang lain datang mengerumuni mereka berdua.. Rupa-rupanya perbincangan mereka telah berakhir, dan mereka hendak melihat hasil lukisan Amy.. Masing-masing memuji betapa 'comel' nya gambar yang dilukis Amy, malah Amy kelihatan menyesuaikan watak kartun yang dilukisnya dengan perwatakan setiap seorang dari mereka.. Masing-masing teruja, maka riuhlah terdengar suara mereka..
"wah, cutelah gambar aku ni!"
"kawaii!!"
"mesti logo kita paling pelik!"
"ini kira logo ke?"
"ala, okaylah, unik!"
"mesti gempak kan!"
Maka seisi itu berlarutan.. Dan kesemua kumpulan yang ada kemudian diminta berkumpul dan menyampaikan nama kumpulan, logo dan persembahan.. Ada yang mencuit hati, tetapi ada juga yang membosankan, tetapi masing-masing tetap bersemangat dan begitu gemuruh bertepuk tangan dan memberikan galakan, maklumlah takut-takut kumpulan mereka pula yang menjadi mangsa kelak...
Macam-macam persembahan yang dipertontonkan oleh setiap kumpulan, ada poco-poco, ada lakonan, ada nyanyian, malah nasyid juga ada.. Kumpulan "10 little cute girl" pula, sebaik sahaja memperkenalkan nama sudah mengundang hilai tawa yang lainnya, malah yang lelaki terutama abang-abang senior galak bersiul nakal untuk mengusik, tetapi mujurlah ditegur oleh cikgu, kalau tidak melarat juga.. Seterusnya mereka mempersembahkan lagu "ten little indian boy" yang diubah menjadi "ten little cute girl", maka bertambah sorakan dan hilai tawa yang lain, sungguh 'comel'! Amy yang tidak turut serta dalam perbincangan tadi juga baru mendapat tahu yang lagu itu turut dicadangkan oleh Ah Sia, maka dalam perkiraannya semua yang berlangsung pada hari itu adalah hasil idea Ah Sia semata, menerbitkan lebih lagi kekaguman pada dirinya...
Aktiviti malam itu berlarutan, dan setelah berakhir segalanya, mereka berjalan pulang ke khemah masing-masing.. Amy mencari rakan-rakan baiknya dalam keramaian itu, namun gagal mengesan mereka, maka dia mengambil keputusan berjalan bersendirian, sambil menjinjing kadbod tadi di tangan..
"Amy!"
Amy menoleh dan terpandang Ah Sia berlari-lari anak mengejarnya.. Serta-merta darah menyerbu ke mukanya, perasaan yang terlalu kerap hadir saat terpandangkan pemuda itu..
"sorang aje?"
Amy mengangguk..
"mana kawan-kawan you?"
Amy menjungkit bahu, tanda tidak tahu
"I temankan you ye.."
Amy diam, tidak mengiakan atau menidakkan permintaan Ah Sia itu..
"Ni nak buat ape?", Amy mengunjukkan kadbod di tangannya..
"Diaorang kata tadi, simpan buat kenangan", Ah Sia menyeringai
Amy menghulurkan lukisannya pada Ah Sia..
"Then, you lah simpan buat kenangan"
"me?"
"yelah, tadi you kata nak buat kenangan"
"ohhh.. it'll be sweet memori then..", Ah Sia tersenyum, dan senyuman itu dibalas penuh pengertian oleh Amy..
Mereka berjalan beriringan, dan setiap langkah sengaja diatur lambat-lambat, biar lambat berlalu waktu, biar hati dan perasaan yang saling suka itu bercambah menerbitkan rasa cinta remaja yang luarbiasa...

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 5)

Melewati semua keterujaan dan babak-babak yang mendebarkan hati perempuan Amy di siangnya, malam itu aktiviti kebudayaan pula berlangsung.. Di dalam aktiviti ini, semua ahli persatuan dipisahkan daripada persatuan masing-masing dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.. Ini bertujuan agar anggota setiap pasukan dapat bergaul sesama mereka, serta juga mereka mengeratkan silaturahim agar di masa hadapan mereka dapat terus berinteraksi dan juga dapat menjalinkan kerjasama antara pasukan masing-masing...
Setiap kumpulan dibahagikan antara 9 hingga 10 ahli masing-masing.. Dan setiap kumpulan akan diberikan 2 orang mentor yang akan mengetuai mereka di dalam setiap aktiviti yang dilakukan, bagi membimbing mereka, dan mentor-mentor tersebut terdiri daripada senior-senior mereka, iaitu pelajar-pelajar tingkatan 6.. Kumpulan ini akan kekal sehingga ke akhir perkhemahan, dan akan membuat pelbagai aktiviti bersama-sama..
Hendak atau tidak, terpaksalah Amy berpisah dengan rakan-rakan baiknya.. Kumpulan yang dianggotai Amy terdiri daripada 10 orang ahli, yang mana kesemuanya perempuan.. Pada Amy,bagus juga, kalau ramai lelaki mungkin agak sukar juga hendak dikawal... Dan untuk mentornya pula, kumpulan Amy diketuai oleh abang Rama dan Saiful, yang pada pengamatannya mentor yang cukup baik untuk pasukannya, abang Rama yang peramah dan abang Saiful yang bijak.. Sempurna!
Sedang masing-masing sibuk memperkenalkan diri, tiba-tiba muncul Ah Sia.. Amy tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya sebaik melihat Ah Sia, malahan ada beberapa ahli kumpulannya kelihatan berbisik sesama mereka apabila melihat Ah Sia yang merenung Amy serta melemparkan senyuman paling manisnya kepada Amy.. Kemudian kelihatan Ah Sia berbisik dengan abang Rama dan Saiful, seolah-olah ada perkara yang terlalu penting untuk dibincangkan... Rama dan Saiful terangguk-angguk mendengarkan perkataan Ah Sia, lalu Saiful berlalu meninggalkan mereka, sebaliknya Ah Sia terus tetap di situ, dan masih lagi berbisik dengan Rama..
Yang lainnya agak hairan dengan situasi tersebut, namun tidak ada yang berani bersuara.. Mereka diam dan berbisik sesama mereka.. Hati Amy berdegup pantas, dia dapat merasakan ada situasi sedang berlaku di situ.. Namun seperti yang lainnya, dia juga tidak berani bersuara, sebaliknya dia tunduk membatukan diri, mengelak dari panahan mata Ah Sia yang tembus ke mata hatinya...
"Sorry guys, ada pertukaran sikit.. Abang Saiful dah tukar ke group lain.. And this is your new mentor yang akan bergandingan with me, Ah Sia.."
Serentak pengumuman Ah Sia, masing-masing bercakap sesama mereka, almaklumlah perempuan semua.. Mereka tertanya-tanya sesama mereka.. Dan yang paling terperanjat sudah tentulah Amy, dia tidak tahu hendak berkata yang bagaimana, tapi hati kecilnya berkata yang dia merasakan semua ini ada sangkut-pautnya dengan dia, kalau tidak masakan Ah Sia menukar kumpulannya.. Tetapi dia hanya diam, membatukan diri, takut kalau tersilap bicara..
Dalam kekalutan perasaannya, terdengar pengumuman di hadapan yang mengarahkan kumpulan-kumpulan yang terlibat memberikan nama kumpulan, melukis logo, dan menyediakan satu persembahan bagi kumpulan masing-masing..
"You all dah degar kan? So, sekarang ni kita kena cari nama kumpulan.. Siape ade cadangan?", kata abang Rama..
Masing-masing mendiamkan diri.. Tidak ada sesiapa pun yang berani memberi cadangan...
"Come on lah.. Anything, cepat..?", Ah Sia pula bersuara, tetapi sambil memandang wajah Amy..
"Kalau girls power boleh?"
Amy mula memberi cadangan..
"Ha,okay jugak"
"Tapi macam budak-budaklah"
"betul tu"
"powerpuff girl lagi best"
"haha, kartunlah"
"tak matang langsung"
"bagilah idea lain"
"k-pop girl!"
"k-pop tu mende"
"korean pop lah.."
"tak naklah, tak suke...!"
"aahlah, nanti kena gelak"
Maka riuhlah seisi perbincangan mereka, masing-masing mula hilang rasa malu dan kekok, dan masing-masing sibuk memperdebatkan idea masing-masing, malah kadangkala keluar idea-idea yang lucu dan tidak masuk akal..
"Kejap,kejap,banyak sangat idea ni.. Apakata kita tulis satu-satu kat kertas dan undi okay?"
Maka masing-masing memberi idea dan abang Rama menuliskannya di dalam kertas.. Amy sebenarnya lebih banyak berdiam diri kerana kedudukannya yang bertentangan dengan Ah Sia kini menyekat pergerakannya, kerana setiap gerak-gerinya diperhatikan.. Hendak bernafas dengan betul pun terasa kekok..
"Hey, how about 'ten litlle cute girl'?", idea Ah Sia yang tiba-tiba muncul itu mengejutkan semua orang..
"Eh, best la!"
"Aku vote 4 abang ni punya idea!"
"Me too!"
Maka beransur-ansur kelihatan semua mengangkat tangan mereka, termasuk Amy dan abang Rama.. Dalam diam-diam dia kagum juga dengan cadangan Ah Sia itu.. Bernas dan luarbiasa, mengagumkan!

Tuesday 26 April 2011

CINTA BONGKAH AIS (PART 4)

Hari yang baru bermula... Dan hari ini pertandingan memasak antara persatuan yang mengambil bahagian diadakan.. Masing/masing bertungkus lumus menyediakan juadah bagi mewakili pasukan mereka... Mereka diminta menyediakan 4 jenis juadah, asam pedas, telur dadar, sayur campur, dan juga cengkodok..
Pasukan Puteri Islam juga tidak kurang sibuk menyiapkan juadah masing masing.. Pasukan yang kesemua ahlinya perempuan ini agak cemas, almaklumlah semuanya perempuan.. Jadi besar juga beban yang dipikul pasukan mereka bagi memastikan tidak dipandang rendah oleh pasukan lain... Masing/ masing kelihatannya tidak kekok menumis, menggoreng, maklumlah sudah biasa ke dapur.. Berlainan pula dengan Amy yang memang tidak pernah ke dapur.. Dia hanya melakukan tugas-tugas ringan seperti memotong bahan-bahan yang diperlukan..
Dan walau mereka semuanya perempuan, tapi mereka hanya memenangi satu hidangan, iaitu masakn asam pedas.. Tetapi mujurlah mereka juara, kalau tidak malu juga... Seusai pertandingan, mereka menjamah hidangan tengahari, iaitu juadah yang mereka siapkan awal tadi.. Mana-mana pasukan yang hidangan mereka tidak sedap, atau tidak boleh dijamah langsung, terpaksalah mengharapkan ihsan dari pasukan yang lain, terutama pasukan yang menjadi johan antara pasukan yang bertanding.. Mujurlah hidangan utama Pasukan Puteri Islam sedap, dan yang lainnya boleh dimakan..
Membawa juadah yang telah siap ke khemah mereka, Amy dan rakan-rakan menikmati juadah dengan berselera sekali..
``fuh, boleh tahan jugak masakn kita ni,`` kata Izan..
``tulah... Lagi nikmat kalau dapat ais waktu-waktu macam ni``
``ish, Izan, Imah... Korang ni kan... Dah dapat makanan macam ni sedap kat perkhemahan pun dah syukur.. Aku biasa camping makan sardin je tau!``
``ala, kau ni Amy... Kan ko ade special delivery... Mase ni la nak guna kan...?`´
``ape maksud ko ni fa? Aku tak fahamlah..``
``ala, tak faham ke buat-buat tak faham??```
``betul, tak faham?``
Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal..
``ifa maksudkan yang tu laaa``, kata ira sambil memuncungkan mulutnya ke arah Ah Sia yang tiba-tiba muncul entah dari mana
``eh, kenapa you all pandang I macam tu? Somehing wrong?`
Ah Sia memandang satu-persatu mata yang merenung ke arahnya dengan perasaan yang bercampur-baur.. Hairan beserta terkejut...
"ke, you all mengumpat pasal i?"
"ish, you ni Ah Sia..Takkanlah.. Amy ni ha, sebut-sebut nama you.. Tengok-tengok you dah sampai.. Macam tau-tau je..."
kata-kata Ifa disambut hilai tawa oleh yang lainnya..
"Ish,mane ade! You jangan dengar ape yang diaorang kata tu.. Mandai-mandai je.. Takde pun..", pantas Amy memotong..
"Well, kalau betul pun ape salahnya.. At least ade orang ingat dekat I kan.."
Amy terdiam, tidak tahu ape yang hendak dikata lagi.. Sedang yang lain semakin galak mentertawakannya...
"Betul Ah Sia.. Die cakap hari ni panas.. Selalu kan you bawak soft drink untuk die.. Tu yang die sibuk sebut nama you.. Teringat-ingat die kat you..."
"Imah!"
"Betul kata you tu.. Die kata kalau you bawak air batu, lagi bertambah-tambah sayang die pada you!"
Mendengarkan kata-kata Izan beserta reaksinya yang ala-ala gedik yang sengaja dibuat-buat, ketawa mereka bergema semakin kuat lagi.. Amy pula terasa 'panas' kerana diejek sedemikian rupa, sedang Ah Sia merenung wajah Amy dengan tak jemu-jemu...
"Ah Sia, dont you ever listen to them! Diaorang ni kalau bergurau memang ganas, so, you better ignore them!" , kata Amy sembil menjelir lidahnya pada yang lain..
"Well... Actually, I dont mind pun kalau betul.. Malah it's my pleasure kalau you yang mintak.. Kalau you nak, sekarang pun I boleh pergi..."
Ah Sia mulai bangun.. Namun, segera ditahan Amy..
"No.. no.. Tak payahlah susahkan diri you.."
Ah Sia sekadar tersenyum lalu berlalu pergi.. Dia mendekati sahabat baiknya, Rama, menggamitnya lalu die berlalu pergi.. Amy memandang dengan wajah sebal, bengang terasa dipermain-mainkan rakannya sendiri..
"Ala, relakslah Amy.. Kan gurau je tadi"
"Yelah.. Korang tak kena bolehlah cakap.. Malu aku kat Ah Sia tau! Apa pulak yang die fikir pasal aku!"
Amy menundukkan wajah.. Serasa hendak menitiskan air mata dengan usikan-usikan yang keterlaluan baginya... Seterusnya dia tidak mendengar lagi apa yang diusik teman-temannya, dia hanyut melayan perasaannya sendiri..
Sesungguhnya dia memang menyukai Ah Sia, tetapi untuk meminta-minta begitu agak keterlaluan baginya, kerana mereka masing-masing baru hendak berkenalan sahaja.. Teringat dia akan kata-kata Ah Sia malam tadi yang mengakui menyukainya dan ingin rapat dengannya, sedang dia tidak memberi sebarang reaksi, tetapi alih-alih dia seolah-olah mengambil kesempatan pula ke atas Ah Sia.. Apa pula tanggapan Ah Sia padanya kelak? Sungguh, dia berasa amat malu..
Amy benar-benar kesal dengan apa yang terjadi.. Seleranya jadi terbantut.. Perasaan malu menguasai dirinya..
Tiba-tiba terasa bahunya disentuh.. Amy menoleh ke arah Ira yang mencuitnya.. Ira memuncungkan mulutnya, dan Amy segera menoleh ke arah yang ditunjukkan Ira.. Ternyata Ah Sia telah muncul kembali dengan semangkuk besar ais dan sebotol besar air minuman berkarbonat.. Amy terkejut, entah bila Ah Sia muncul, dan begitu banyak pula yang dibawanya, melebihi permintaannya; atau lebih tepat lagi permintaan rakan-rakannya..
Ah Sia mencangkung di sisi Amy, sambil menghulurkan ais serta minuman tersebut..
"For you..."
Amy terkejut, dan gagal bereaksi..
"Ish, tunggu apa lagi, ambikla cik Amy oiiii", kata Izan
Amy yang masih terkejut sekadar menghulurkan tangan.. Sesungguhnya emosinya berubah dalam sekelip mata.. Dan dia masih gagal bereaksi dengan normal..
"Jap..Jap..."
Entah dari mana Imah datang, dia membawa kamera di tangannya...
"Ha, ape lagi, cepatlah posing"
"wah, macam cerita novel pulak"
"senyumlah weh.. baru romantik"
"boleh buat filem ni"
"pehhh.. cinta ais tuh..."
"nanti aku cuci, korang buat poster kat bilik"
Galak rakan-rakan yang lain mengusik.. Amy tidak tahu bagaimana, dia sekadar mengikut kata rakan-rakannya.. Sesungguhnya dia terasa amat malu, tetapi melihatkan wajah Ah Sia yang tersenyum lebar beserta momen indah ketika itu, Amy terasa seperti dunia ini miliknya, dan doanya dalam hati,
"TUHAN JANGANLAH KAU HENTIKAN KEBAHAGIAAN YANG KU RASAKAN KINI!"
......bersambung.........

Monday 25 April 2011

my pwincess




Untuk post kali ini, aku nak share story pasal sorang budak yang sangat comel,hehe.. Eh, comel kew? 4 d fact dat she's dark and skinny (sebab die tak amek susu formula, breastfeed sepenuhnya n baru brenti n jugak susah nak makan nasi), tapi die adalah segala bagi aku...
Her name is......


NURUNNISA a.k.a SCHA!
she's my baby..
my dearest doter..
die ni petah sangat bercakap
"mama,adik nak cite anak itik yang hodoh"
"mama nyanyi cepat!"
"mama yang dalam tv tu same kan"
"ha,macam tulah baru kan"
"tipu dose, masuk api neraka"
"eleh die tu"
"ape malam2 ni"
"ma, baju ma macam adik tuh kan, ha kan same, wane pink"
hahaha,kadang2 tak terlayan!
kalau kite tak layan mulela die jerit
"MAAAA!!!!"
adey...tak larat...
tapi dengan orang sume die takut..
tapi cube die dah kenal..
haha tak larat ko nak jawab..



nisa ni taklah cantik sangat (hehe, sorry scha)
almaklumlew mama papa nye gelap..
maka menurun jugakla kegelapan tuh..
tambahan pula die ni pantang orang start moto @ kete..
tau2 dah hilang jew..
haha
tapi yang herannye, die takla macam rupe aku..
macam rupe husben pon tak bape..
tapi rupe adela cket kot..(yeke?)
aku pon tak pastilah tang mana..
bile orang kate, ade la cket..
tapi bile aku tanye orang jawab entah..
aku rase tang dagu kot..
berlekuk cam aku,haha (terpasan plak)
aku pun tatau nak cakap...
korang bezakanlah senirik ye,haha


yang aku kelakar sangat tuh, hidung die kemik..
sebijik macam mak aku..
yelah, mase pregnant jauh dari mak..
asek tingat..
haha..
cite pasal mak..
die panggil mak aku mak..
kadang2 tok mak..
n abah plak atok or abah..
haha,
yela kan, cucu sorang...
parents n siblings aku mang sayang gile kat die...
cket2 scha.. 
sume beli ape mesti beli kat scha..
dorang suke belikan scha macam2..
kadang ngarut2 pon ade..
tapi dah hadiah, terima ajela..
rumah mak aku pon dah lame tadek budak kecik kan..
tunggu cucu lain blum ade lagi..
kadang2 tuh manja terlebih2 scha ni..
tapi aku malas nak cakap..
orang dah sayang anak aku dah untong kan...





Bertuah sebenarnya Scha ni..
die kan sorang aje..
dimanjakan dan dilimpahi dengan kasih-sayang,
ape nak sume dapat..
aku pon takut kalau orang sayang die lebih2..
yela,t kalau mak abah aku de cucu len camne la plak kan..
tapi kalau korang tanya aku,
aku mang blum nak ade anak..
haha
kenapa?
aku tak larat beranak lagi,
aku belum cukup sempurna sebagai isteri n ibu,
walau suami aku kate aku isteri yang sempurna pada mata die (terima kasih yang..:))
tapi, nooooo..
im not ready yet..
tunggulah nisa besar dulu..
aku belum puas curahkan kasih-sayang aku pada die,
walau aku tau die suke baby...
huhu,
TUHAN KAU JADIKANLAH ANAKKU ANAK YANG SOLEHAH
:)

Sunday 24 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 3)


"Teruk betul diaorang ni lah..", rungut Amy
"It's okay.. At least i could spend some moment with you"
Amy memandang wajah Ah Sia dengan seribu kerutan di dahi.. Dia tertanya maksud sebenar kata-kata Ah Sia.. Cuba mencari apa yang tersirat di sebaliknya..
"You always sorounded with them.. I selalu tunggu peluang untuk berbual dengan you, but i never had the chance.. At last i dapat juga peluang nak berdua-duaan dengan you kan.. I always looking forward for this moment, you know.."
Amy menundukkan wajahnya.. Dia terasa darah menyerbu ke wajah.. Tidak tahu bagaimana hendak mentafsir maksud kata-kata Ah Sia, atau lebih tepat lagi dia khuatir tersalah mentafsir maksud sebenar perkataan jejaka itu, takut dia bertepuk sebelah tangan...
"Kenapa? You tak suka?",duga Ah Sia
"Bukan.. Don't get me wrong.. I rasa selamat dikelilingi rakan-rakan macam diaorang tu.. Happening kan?"
"It's true.. Tapi i teringin sangat bercakap hati ke hati dengan you.. For the fact that i barely know you, I rasa I teringin sangat nak berkenalan dengan you.. Tapi dengan all your girlfriends, I susah nak dekat dengan you.."
Amy mengangkat mukanya.. Hairan beserta satu tanda soal besar wujud di benaknya.. Hatinya ragu-ragu, adakah Ah Sia berperasaan sepertinya? Atau adakah Ah Sia cuba menduga hatinya? Jujurnya, Amy benar-benar tidak tahu...
"Apa salahnya kalau bercakap dengan I waktu diaorang, salah ke?"
Ah Sia tertawa.. Amy memandang wajah Ah Sia dengan seribu satu persoalan.. Sesungguhnya dia hairan dengan reaksi Ah Sia..
"Isn't it obvious?"
Amy semakin mengerutkan dahinya.. Sukar dimengertikan apa yang tersirat di fikiran jejaka itu..
"Maksud you?"
"I like you... Isn't it obvious? I rasa kawan-kawan you pun perasan, kalau tak takkan diaorang asyik usik-usik kita.. And then, diaorang sengaja tinggalkan kita berdua macam ni.."
Amy terdiam.. Mati kata-katanya, walau di hati seolah berbunga-bunga perasaannya, bertangkai dan bercambah, hingga mencetuskan satu reaksi yang luarbiasa pada segenap adrenalinnya.. Amy tahu kini apa dirasakan dan apa yang terbuku di hati kecilnya kini turut dirasainya.. Walau malam itu cukup dingin namun peluh terasa mula menitis di dahi.. Perasaan ini cukup aneh, di dalam hatinya bergelodak hingga seakan mahu dia melompat ke bintang yang tinggi di awanan, namun tubuh dah lidahnya terkaku, dia terdiam dan mulutnya terkunci rapat.. Tidak ada kata yang dapat dizahirkan selaras perasaannya ketika itu..
"Amy?"
Telinga Amy menangkap suara Ah Sia, namun yang jelas dirinya kini terasa amat kekok.. Tidak tahu reaksi bagaimana yang seharusnya dipamerkan olehnya..
"I ikhlas nak kawan dengan you.. I kalau boleh nak rapat lagi dengan you"
Ah Sia memandang lagi wajah Amy yang kaku tanpa reaksi..
"Is it wrong?"
"Is it wrong for me to like you..? I know that we were both different.. Kita dari latar yang berbeza.. But I nampak sesuatu yang istimewa dalam diri you.. Tak boleh ke kalau kite berkenalan dengan lebih rapat?"
Perlahan-lahan Amy memberanikan diri mengangkat wajahnya.. Sesungguhnya dia memohon kekuatan untuk berkata-kata.. Lidahnya yang tersimpul cuba dijalin agar bicara hati dan bibirnya selari dengan apa yang ingin diluahkannya..
"But why me?"
"Kalau you nakkan jawapan, sorry because I don;t have any.. But i truly like you.. From the bottom of my heart"
"But we barely know each other!"
"Yeah, that's why I nak kenal you dengan lebih rapat"
"I..I just don't know.."
"Kalau boleh I nak rapat dengan you.. Lebih rapat dari seorang sahabat.. Is it possible?"
Amy terdiam lagi... Entah kenapa susah untuk ditafsirkan perasaan menjadi kata-kata.. Lain di hati, lain pula di mulutnya..
"Is it yes or no?"
Amy memandang Ah Sia dihadapannya.. Digagahinya dirinya menguntum sebuah senyuman..
"We'll see..."
Malam itu bersaksikan unggun api yang hangat membakar, Amy dan Ah Sia melayan perasaan masing-masing sambil di hati masing-masing bersulam kebahagiaan.. Sepi menemankan mereka, terus membawa mereka dalam dakapan kebahagiaan perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit....
BERSAMBUNG......


Saturday 23 April 2011

MENGGAMIT MEMORI

 huhu.. comel x?
baru belajar pakai photoscape..
gambar scha ni latarnya die yang pilih sendiri tau..
aku just susunkan mane nak letak je..
huhu,kiut kan?
budak2 sekarang kan, pandai je cakap..
"mama adik nak pakai yang cermin mata tu"
"mama adik nak bunga yang pink tu"
"rama-rama tu nak banyak sangat"
"tak nak lah yang tu, nak yang ni"
haha :D

aku tengok balik gambar2 zaman kanak2, gatal tangan nak edit,huhu memori la katakan..
lagipun pic sume tak bape jelas..
maklumlah snap aje..
saya miskin, mane ade scanner,huhu (poyo lak)
banyak gambar2 yang mencuit hati
dan menggamit memori
puas aku gelak2 dengan yaya (die memang geng gelak aku)
then aku pon edit kasi jelas cket,haha
n aku tambah segal jenis effect kasi die menggamit memori,haha




haha,so cute, right?
mm..pastuh aku tengok pix lame mak aku n siblings die (pak cik, mak cik aku)
aku pon gatal tangan lagi snap n edit,hehe
tetibe teringat aku kat arwah atuk aku...
sedar tak sedar dah lame jugak atuk takde..
aku rindu sangat kat atuk (dah berkaca mata aku ni)
sepupu2 ramai yang tak dapat kenal atuk..
aku bertuah berpeluang bermanja ngan atuk..
AL-FATIHAH tuk arwah atuk, HAJI ISMAIL..




walau sekeping gambar sebenarnya besar nilainya..
tak caye cube belek2 balik pix lame korang..
mesti ade yang lucu2
atau yang membuatkan kite terkenangkan orang2 yang pernah hadir dalam hidup kite..
hargailah nilai sekeping gambar.. :)

Thursday 21 April 2011

AMARAH KU!

  Ade bermacam jenis manusia dalam dunia  ni.. Ade yang pemaaf, pendendam, ade yang batu api, ade yang sangat suke cakap belakang2 dan macam2 lagilah.. Aku adalah jenis orang yang sangat mudah naik angin.. Aku memang mudah sangat marah, walau hal kecik.. Aku cukup benci kalau orang marah aku, terutama bile die marah tak bersebab, marah yang takde kena-mengena wif aku, tapi tetibe je nak sound, memang AKU BENGANGGGG sangat! Aku pantang kalau orang maki2 aku, tinggi suara kat aku, n paling pantang sekali kalau nak perlekehkan family aku or cakap benda2 yang x berkait dengan soal yang die tak puashati.. Kan bodoh kalau orang tuh stress tetibe je nak lepas kat kite, then maki2 keluarga kite?? Aku rase orang macam ni la yang hidup die tak pernah aman.. Yela, kalau marah nak lepaskan bebanan kat orang lain, sape yang tak hangin kan?? Tapi kelebihan aku ialah aku cepat sejuk, aku tak suke berdendam n aku tak suke juga benci kat orang... Tapi kalau orang tu yang asyik buat aku benci kat die, minta maaf lah coz aku rather tak kenal orang macam ko!
   Satu benda yang paling menjengkelkan pada aku ialah bile orang tu bersalah dekat kite, tapi buat2 tak bersalah, n then buat benda bodoh macam tulis @blog or status FB die yang seolah2 kite yang bersalah... Come on lah, be matured k.. Kalau benci kat orang tuh, n dah buat salah, tak payahlah nak tunjuk macam baik sangat, last2 orang tahu jugak.. Aku tak kesah orang benci aku atas sebab yang bukan aku lakukan.. Kalau nak berlagak sebab ade harta dunia, i dont mind, i have no issue bout dat.. Tapi janganlah terhegeh2 tunjuk baik depan kite kan.. Lepas tu belakang2 kutuk kite, sedangkan kite yang tak buat salah tak pernah pulak kutok kat belakang2 kan.. Orang akan kenal jugak manusia yang macam ni manusia yang macammana atas perkataan2 die.. Sebab tuh aku tak nak ade kaitan dengan orang macam ni, i dont mind... Dan jugak tak perlu lah tunjuk baik depan family orang ye, sebab dalam hati ni ade seketul daging hitam yang busuk, sentiasa mencari kesalahan dan keburukan orang, lepas tu pretend macam takde pape, n tunjuk macam die tu baik2 sangatlah kan... Aku rase macam dah muak dengan manusia macam ni.. Hopefully aku dan manusia macam ni takkan ade kaitan lagi...:)

Sunday 17 April 2011

KE GERBANG PERKAHWINAN

 Tahun ni mmg ramai benooo yang nak akhirkan zaman bujang.. Bertunanglah, berkahwinlah.. Pada korang yang solo, mesti tertanya2.. Bile la giliran aku akan tiba?? Ala, cepat atau lambat bukan isu.. Yang penting berapa lama ia akan bertahan.. Setuju tak? Tapi kan, bukan itu yang aku nak cite dalam post kali ni... Tapi nak story tentang melangkah ke gerbang perkahwinan.. Pernah tak korang jumpe orang yang muda2 lagi da kawen (macam aku lew) atau seseorang yang dulu players tapi tiba2 je nak settle down??? Mesti korang tertanya2, ape yang buat dieorang amek keputusan drastik tuh kan?? Jom kite bukak kedai, kite story sesama...

 Kadang2 kan, bukan senang nak amek keputusan nak memilih seseorang tu dalam hidup kite.. Yela, lumrah manusia cepat bosan, mudah berubah.. Lagi2 lepas kahwin, abes sume perangai burok kluar,kan?kan? So, ape ye agak2 nye yang berada dalam kepala orang yang nak akhiri zaman bujang ni? Mungkinkan mereka dah jumpe pasangan yang mereka idam2kan? Atau boleh ke perhubungan dieorang ni berkekalan?? Mm.. Rumit kalau kite fikirkan...

  Betul ke kalau kite dah jumpe lelaki@perempuan yang kite sayang, yang menepati ciri2 yang kite idam2kan, maka kite harus akhirkan zaman bujang kite? Bak cite hindustan, kalau ade kuch2 hota hai la gitu... Ape yang aku nak cakap ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, so, kalau tak setuju sile la bagi pendapat korang k... Meh kite list down ape yang menyebabkan seseorang tuh memilih akhirkan zaman bujangnye...

  1. PASANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PASANGANNYA- maksudnye, sesorang yang boleh bertanggungjawab ke atas diri mereka.. Sebagai contoh 4 gurls, lelaki kena pikul tanggungjawab, menyelesai masalah, dan bukan meletakkan tanggungjawab di atas bahu perempuan.. 4 GUYS pulak, perempuan mesti boleh dan sedia pikul tanggungjawab mereka sebagai isteri n ibu.. Kalau tak pandai pun, mesti sedia bertanggungjawab, sedia belajar..
  2. PASANGAN YANG SAYANG DENGAN KITE-  ertinya, seseorang yang menyayangi kite, yang kite tahu di masa kini dan hadapan akan sentiasa berusaha bersama kite selamanya.. Kadang2 ak perlu pun kite terlalu cintakan die, cume cukuplah kite tau die cntakan kite dengan ikhlas...
  3. PASANGAN YANG SEDIA ADA KOMITMEN DENGAN KITA- Pernah kan waktu bercinta kekasih anda membayangkan nak kahwin dengan anda, ataupun membayangkan kehidupan masa hadapan bersama anda, mempunyai anak dengan anda.. Tapi sebenarnya berapa ramai yang kekasihnya betul2 merancang mase depan bersama? Contohnya, sedia mempunyai akaun bersama, berkongsi hak milik kenderaan, mempunyai asset bersama.. Kalau ade, itu bermakna mereka benar2 serius dengan perhubungan yang dibina, dan bersedia melangkah ke hadapan serta membina perhubungan dengan anda..
  4. PASANGAN YANG FAHAM MAKSUD DAN KEHENDAK MASING2- Pernah tak rase macam dejavu, contohnye bile anda berkehendakkan, atau memerlukan sesuatu, secara tiba2 die memberi anda apa yang anda hendak, atau bersuara tentang perancangan hendak memberi anda barangan tersebut?? Ini adalah salah satu potensi pasangan yang anda cari, kerana sesetengah orang kata bile 2 hati bersatu, kadang2 kite boleh dengar suara hati masing2..
  5. PASANGAN YANG BEUL2 KENAL PASANGAN MASING2- Pasangan itu harus kenal pasangannya, kenal hati budi, tahu ape yang disuka dan dibenci pasangan supaya hubungan yang dibina itu kelak tidak menimbulkan rasa tidak puashati, dan keraguan yang berpanjangan.. Asasnya adalah hati anda tahu apa yang patut atau tidak anda lakukan
  6. PASANGAN YANG BOLEH BERKOMPROMI DENGAN ANDA- 4 me, ini adalah 'essence' pada perkahwinan di mana walau apa pun yang membezakan 2 individu itu, kalau saling bertolak ansur, maka tidaklah wujud pertikaian di masa hadapan.. Kalau hati anda berkata,~~``SAYA TIDAK ADA MASALAH DENGAN PERANGAI DAN KEPERIBADIAN PASANGAN SAYA, DAN SAYA TAK ADA MASALAH DENGAN SEMUA TABIAT DAN SIFAT SEMULAJADINYA, HATTA PERANGAI BURUKNYA JUGA TAK PERNAH MENGGANGGU KAMI, DAN PERHUBUNGAN KAMI..BEGITU JUGA SEBALIKNYA`, maka saya rasa anda telah berjumpa orang yang sesuai dijadikan pasangan hidup anda..:)

  Begitulah lebih kurang senarai yang ade dalam penilaian aku.. so, kalau korang rase2 keenam2 ciri ini memang kena2 betul dengan korang, nasihat aku GRAB THE CHANCE! :)

Saturday 16 April 2011

BERCINTA DGN SAHABAT or BERSAHABAT DGN YG DICINTAI

Bile kite cite tentang percintaan dan persahabatan, memang kebanyakan kite akan asingkan kedua2 perkara ni.. Sebabnye tak semua orang bley bersahabat dengan kekasih or bekas kekasih.. Dan jugak tak ramai orang yang bercinta dengan sahabat die... So, cube imagine kalau korang dalam either one of diz condition.. Bley ke korang kawal perasaan korang? Or boleh ker kowang keep d distance between diz two relationship? COMPLICATED, isnt it? Huhu... so jom kite check PROS N CONS nye......

BERCINTA DENGAN SAHABAT:
Korang lebih kenal hati budi die (PRO)
Korang lebih banyak berkongsi idea, hobi dan pendapat (SUPER PRO)
Hubungan korang kurang privacy (CONTRA)
Korang lebih santai, x macam malu2 kew, ape ke kan.. (PRO)
Korang xde masalah komunikasi (PRO)
Tetibe janggal nak kena panggil SAYANG or etc (PRO)
Kuranglah rase kena hormat (CONTRA?)
Paling tak best, bile flash back kenangan zaman kanak2 korang yang memalukan,haha (DOUBLE-TROUBLE-CONTRA)

BERSAHABAT DENGAN KEKASIH@BEKAS KEKASIH:
Mesti ade rase dendam or tak puashati yang berbekas (CONTRAS!)
Rase macam menyesal pun ade putuskan cinta dulu (CONTRA)
Rase x selesa nak flash back kenangan silam korang, sebab dah tau dah mesti sebut mase couple dlu, pastuh masing2 terdiam, kadang2 terus senyap seketika (LAGI CONTRA)
Bagus sebab tak bermusuh (PRO)
Untuk korang sedar yang dah takde jodoh dengan die, dan masing2 boleh mulakan hidup baru (PRO)
Rase jeles jugak bile die cite pasal current bf/gf die..nak2 die bandingkan dgn korang.. (SUPER CONTRA)
Untuk korang bukak buku baru (PRO)
Untuk korang lupakan die dari kisah silam korang (PRO)
Sesuatu yang boleh korang bual2 dan gelakkan di masa hadapan.. (SUPER-DUPER-PRO, I LIKEEE!:))


So, ape pilihan korang?? Sebenarnya ini soal atas individu jugak, sebab cinta kadang2 datang bile kite least expected cinta tuh tuk datang.. 4 me, aku tak nak berada in any of those situation.. Tapi kalau korang nak, no hal.. Whats matter d most is how'd u felt bout it.. So kalau korang berani, go on k, pedulikan ape orang cakap.. Dats ur future, not theirs! So, 4 sape2 yang ade add on, just leave ur comment k.. TQ 4 READING... SEMOGA ALLAH RAHMATI KALIAN,SALAM

Wednesday 6 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 2)

 Tidak banyak aktiviti yang berlangsung pada hari pertama, sebaliknya mereka diarahkan menyiapkan khemah dan mencantikkan kawasan persekitaran perkhemahan masing-masing.PERSATUAN PUTERI ISLAM yang amy, izan, ifa, ira dan imah beserta junior yang lainnya anggotai adalah salah satu persatuan yang mana kesemua ahlinya perempuan, maka tidak hairanla ramai senior yang datang bertanyakan keperluan mereka..Akan tetapi, ah sia adalah orang yang paling kerap datang dan bertanya, maka dia yang sering menjadi bahan gurauan dan usikan mereka.. Tambahan pula, mata ah sia acapkali tidak lepas dari memandang amy membuatkan mereka semakin tidak lepas dari mengusik.. Namun dalam usik dan gurau itu, amy perlahan- lahan terasa bagai bahagia menyelinap ke dalam kalbunya...
Malam itu, ramai dari persatuan yang turut serta membuat unggun api masing-masing.. Tidak mahu ketinggalan, PERSATUAN PUTERI ISLAM juga mahu turut serta.. Mereka mengumpulkan kayu-kayu serta daun-daun kering, lalu cuba menghidupkan unggun api. akan tetapi, sementelah mencuba berkali- kali. ternyata mereka masih gagal, walau dengan bantuan amy yang biasa berkhemah.. Amy mengaku yang dia sememangnya kurang cekap menghidupkan api, tamabahan pula dengan menggunakan mancis, bukan pemetik api..
"aduh...kenapa api ni tak mau hidup...? dah berpeluh aku ni", rungut izan..
"yela amy.. kau kan pakar.."
"imah, izan, sorrylah... tapi seriously, aku tak pandai hidupkan api ni, yang lain-lain aku pandai la... selalu hidupkan unggun ni kerja-kerja orang lelaki... lagi-lagi nak suruh aku pakai mancis.. memang aku surrenderlah..."
"habis tu, macammana? Banyakla nyamuk malam ni.. Khemah orng lain aku tengok dah menyalaa dah semua"
"Yela fa, aku memang tak boleh tidur kalau ade nyamuk.. tak tahan!"
"Ira, Ifa, aku pun tak tau.. tapi kalau kite try lagi, alamat habislah semua mancis yang ada ni"
"Kalau aku tau, aku bawak minyak tanah tau"
"Gila kau mah, nak suruh terbakar khemah ni?? Mana kita nak tidur nanti??"
"Ha, apa susah imah, ira, kita mintaklah bantuan boyfriend si amy ni ha..",izan tiba-tiba mengeluarkan idea nakalnya..
"Boyfriend??Siapa??Ah Sia??"
"Wah, mengaku nampak yang Ah Sia tu boyfriend kau...", Ira mengenakan Amy pula..
Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mehan malu sedangkan yang lainnya mentertawakannya... Amy sendiri tidak sedar apa yang diperkatakannya sebentar tadi, tapi bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...huhu, malulah jawabnya..
"Hi girls!"
Serentak mereka menoleh ke aeah empunya suara .. Melihatkan kelibat Ah Sia, ketawa mereka berderai lagi... Umpama pucuk dicita ulam mendatang...
"Hey, kenapa ni? I ada buat apa you all ketawa sampai macam ni??"
"Hmmm.. panjang umur, baru aje disebut.."
Ah Sia mengerutkan dahinya sambil memandang Ira, cuba mentafsirkan butir bicaranya...
"Ni ha, Ah Sia, Amy mintak u tolong hidupkan unggun api ni, dari tadi  kitaorang try tak boleh-boleh.. Die sebut aje nama you, you pun muncul.. Macam tau-tau aje... Ha, apa lagi, cepatlah tolong... Hehe.."
"Really??" Ah Sia tersenyum simpul sambil memandang ke arah Amy.. Amy terasa semakin malu dengan usikan tersebut..
"No lah Ah Sia... diaorang ni saja-saj mengusik you... You janganlah percaya sangat diaorang tu"
"Betul Ah Sia..kitaorang semua jadi saksi.. hehe..", Imah semakin galak mengusik..
"Kalau betul pun apa salhnya.. Its my pleasure... Kenapa you all tak panggil dari tadi, ini small matter je, I boleh settlekan...", kata Ah Sia sambil menyusun dedaunan dan kayu, seraya mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya..
"Amboiii... Macam superhero pulak you ni... Ini yang Amy sayang sangat ni.."
"Ira! Weh, apela korang ni! Tak baik tau!"
"Ala, apa salahnya... Korang pun masing-masing ada hati kan... Asyik main mata je dari tadi"
Saat itu juga pandangan Amy dan Ah Sia bersatu, dan bagaikan ada magnet yang menarik dua jantina berlainan itu agar merasa satu perasaan yang sama, JATUH CINTA... Ah Sia memberikan senyuman yang paling menawan, meruntun hati perempuan Amy, tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri.. Amy tersipu malu, namun dia semakin tenggelam dalam perasaannya.. Terbayang di matanya keindahan dunia remaja, dan betapa indahnya jika jejaka itu dapat ditawan hatinya..
Dalam hati kecil Amy berkata, ingin saja dihentikan masa pada ketika itu... Ingin saja disuruh bumi berhenti berputar, dan memuterkan kembali waktu itu berulang-ulang kali.. Sesungguhnya hatinya telah benar-benar ditawan oleh jejaka di hadapannya itu..
"Alamak main mata pulak.."
Amy tersedar dari lamunannya dek teguran Imah lalu tertunduk dan tersipu-sipu malu... Namun, sempat juga dikilasnya wajah Ah Sia sekilas, dan terpandang olehnya renungan Ah Sia yang menusuk kalbu, sambil tangannya ligat menyambung kerja-kerja menghidupkan unggun..
"Ira, Izan, apa kata kalau kita pergi jenguk kawasan perkhemahan yang lain.. Aku dari tadi nak pergi, tapi tak berpeluanglah..."
"Eh, nantilah dulu... Bagilah Ah Sia hidupkan unggun api ni dulu"
"Ala kau kan ada.. Kitaorang memang nak bagi 'chance' kat kau nak main mata lagi...hehe",
"Betul tu Imah aku pun rasa diaorang ni banyak nak dibualkan.. Kitaorang gerak dulu ye Amy, Ah Sia..."
Belum pun sempat Amy membalas, mereka telah cepat-cepat meninggalkan Amy berdua-duaan dengan Ah Sia..













Sunday 3 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS

Amy melangkah turun dari bas..sesungguhnye dia  terasa agak pelik juga menyertai perkemahan kali ini.. Bukan kerana die tidak biasa menyertai perkhemah kerana die memang meminati sukan lasak.. Tetapi sebenarnya perkhemahan kali ini amy sertai sekadar menurut ajakan rakan2 nya... Perkhemahan kepimpinan itu sepatutnya disertai oleh ajk tertinggi persatuan2 di sekolahnya,tetapi amy bukanlah salah seorang ajk persatuan persatuan tersebut, malahan amy jugak bukan ahli PERSATUAN PUTERI ISLAM, sebaliknya dia merupakan naib pengerusi PERSATUAN TAEKWONDO!
 Tetapi atas desakan rakan2 dan juga guru, memandangkan juga kebanyakan AJK PERSATUAN PUTERI ISLAM adalah senior2 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi, Amy ikutkan juga perkhemahan itu, memandangkan yang lainnya, iaitu Izan, Ifa, Ira, n Imah adalah tidak lain tidak bukan sahabat baiknya sendiri. tetapi sebaik menjejakkan kaki ke kawasan perkhemahan dan bersama rakan2 baiknya serta beberapa orang lagi juniornya yang ala-ala 'perempuan melayu terakhir', Amy sedikit rasa tidak 'masuk' dalam kumpulan tersebut... almaklumlah die seorang yang lasak dan terkenal dengan kenakalannya.. Memang lagsung tidak kena... tetapi amy ikutkan juga demi sahabat2nya...
Cuaca memang cukup2 panas, membuatkan masing terasa basah tubuh dek peluh...khemah mereka terletak di tengah2 kawasan perkhemahan beserta dengan khemah2 dari persatuan2 lain.. Khemah yang menempatkan abang2 fasilitator yang kebanyakannya terdiri dari pelajar2 tingkatan enam pula terletak betul2 berhadapan khemah mereka... Amy memang biasa dengan perkhemahan, jadi ketika diminta memasang khemah sendiri, Amy yang banyak memberi tunjuk ajar terutama kepada junior2 yang lainnya... Sekurang2nya dapat juga die menghulur bantuan walau kehadirannya dirasakan agak janggal, yang mana kebanyakannya sebenarnya merupakan mainan perasaanya sahaja..
"wah, panas betullah cuaca hari ni...", rungut ifa..
"standart lah tu, mase2 panas ni la sedap nak camping... kang hujan basah plak kan"
"ala amy, ko dah biase camping... kitaorang ni ha baru sampai rase tak tahan dah... panas sangat! dahla khemah kite kat tengah2, lagilah panas, xde tempat nak berteduh tau!"
"yela Imah... kalau dapat minum ais panas2 macam ni kan sedap",izan pula menambah
"dapat minum air pun dah bagus, banyakla cengkadak ko nak air batu pulak... ni camping bukan shopping"
"hi girls!"
amy dan yang lainnya menoleh ke arah suara yang menyapa... sesungguhnya die agak terkejut kerana salah seorang senior yang duduk dihadapan dan dianggapnya kacak sewaktu di dalam bas tadi berdiri di hadapannya.. senior itu memang betul2 'taste' amy... die berbangsa cina, tetapi berkulit agak 'tanned', tinggi, kacak, berkacamata, dan yang paling penting senyumannya cukup menawan... bagai terhenti sebentar  jantungnya bila jejaka itu muncul.. jujurnya, die tidak pernah melihat senior itu di sekolah.. mungkin kerana pelajar tingkatan 6 memang selalunya jarang kelihatan.. maklumlah, pelajar2 pra-u ini memang sentiasa sibuk, tambahan pula kelas mereka jauh dari kawasan kelas pelajar tingkatan 4 seperti amy..
"rancak berbual.. khemah u all dah siap?"
"kenapa? nak tolong kew? takpela, kiteorg dah dew pakar kat sini", jawab ira sambil merujuk kepada amy...
senior itu tersenyum manis pada amy lalu berkata,"oh,thats good..mm...i ingat u all sume girls, so u might need a hand.. but seemed like u guys already had a good hand in here"
"uit,pandang rendah girls power nampak", dalam debar amy memberanikan diri menjawab..
senior itu tertawa menyerlahkan lagi kekacakkannya di mata amy... entah kenapa die juga terasa yang dirinya yang menjadi tumpuan senior tersebut..
"no.. no... dont get me wrong... i cume nak tolong je.. if u girls need any kind of help just tell me k.."
"i guess we need a help then.."
"yes...i akan tolong if i can"
"i guess we want dat soft drink yang kat tangan u tu,hehe"
seraya mereka semua tertawa dengan statement amy.. tidak tersangka akan lawak yang dibuatnya..
"nah",dgn senyuman manis senior itu memberikan tin air berkarbonat di tangannya..
amy terperanjat..niatnya sekadar bergurau, tetapi nampaknya seniornya benar2 tidak bergurau.. sementara yang lain pula sibuk mengusik amy yang merona wajahnya, berasa malu dengan gurauan tidak wajarnya.. entah apa yang difikirkan seniornya...
"er...im just joking je.. takpela ye..."
"uh, takpe.. i ade banyak lagi.. lagipun kan cuaca panas ni, xpela i faham, ambillah..."
"no, no its ok.i ."
"ambillah... tak sudi ke..."
"ish amy ni... org dah bagi tu ambik ajela...", sampuk imah...
"aahla, nak malu2 pulak",ifa menambah
"tah... kitaorang tak dapat ke...", ira juga turut menyampuk
"tak ambik myesal kang", izan turut tidak ketinggalan..
melihatkan amy yang kaku tidak berganjak, senior tersebut berganjak menghadap amy dan menghulurkan tin minuman tersebut..
"it yours... ambillah..."
dengan malu2 dan agak terkejut, amy mencapai tin minuman tersebut.. terasa wajahnye merona yang amat, tetapi dicapainya juga bagi mengelak dari terus-terusan menjadi bahan gurauan..
"cepat2 ambil gmbar"
"peh, macam dapat piala"
"romantiknya macam drama"
usikan demi usikan oleh teman-teman rapatnya membuat amy terasa seperti kerdil sahaja, namun untuk menjawab die berasa semakin tidak kena...
"eh...u bg die saje ke.. we all macammane?", usik izan lagi
"eh.. u all nak juga ke? sekejap i ambil.."
sepantas kilat senior tersebut berlalu sebelum sempat izan menyambung..
"macam lipas kudung!", kata rahmah
sementara itu mereka terus-terusan mengusik amy... amy yang selelunya terkenal dengan sifatnya yang petah kini kelu, malunya masih belum hilang..sudahnya die yang hanya diam menahan malu dek kelancangan kata-katanya..
"dahla guys, malu aku tau"
"ala, rileks la amy.. aku rase abang tu ade hati tau kat ko"
"ish ira, merepeklah ko"
"betul.. die bercakap pun asyik pandang muka ko"
"pandai2la ko ni"
"betulla siap bagi air sejuk lagi..sedapnye hai dapat bercinta dengan senior"
"girls, ini untuk u all", senior itu kembali membawa dua tin air
"u all share2 la ye"
"oh, kiteorang share..tapi die dapat la pulak satu kan, tak payah share",usik ifa pula
senior itu menggaru kepalanya yang tidak gatal..
"ish korang ni...adeke cakap macam tu..sape nak share dengan aku mehla..."
"ish, tak nak la.. tu macam token of luv, mane bleh kongsi.."
"yeah, right imah.. kite kongsi yang ni pun jadila"
"ish korang ni..!"
"er...sorryla, ni aje yang ade... lainkali i beli botol besar ye tuk u all"
"eh, dorang ni gurau ajela"
"its ok..takpela, im ok with it"
"ha, lepas ni datang sini bawala air sejuk banyak2 lagi ye, air batu ke, makan sedap2 ke.."
"izan, overla ko.. die nak bagi pun dah untung tau..thanks ye cus bagi air2 ni.."
"u r welcome, no sweat... kalau u need anything else, just bagitahu k"
"aik, dia aje ke? kalau kitaorang nak apa-apa macammana pulak?"ira tambah mengusik
"eh includes u all jugakla tu.."
"u jangan layankan sangat dorang ni, memang pening kepala u jawabya.."
"its ok.. i like layan kawan2 u ni.. happening"
"yeke suke layan kiteorang ke layan die tu.."
"ifa!"
amy malu yang teramat dek kerana dia yang sering menjadi usikan.. namun di hatinya die terasa seakan ade bunga cinta yang bercambah terhadap pemuda berlainan bangsa itu.. die senang dengan keterbukaan senior tersebut, dan segan tetapi teruja apabila sedar yang die menjadi perhatian senior itu.. tambahan pula die memiliki ciri2 yang diidamkan oleh amy selama ini... terasa dirinya seakan watak utama dalam drama ataupun novel, perasaan itu sungguh mengasyikkan!
"ah sia!"
terlihat seorang lagi senior mereka, abang rama yang memang cukup terkenal di sekolah memanggil senior tadi... abang rama merupakan ketua pengawas yang memang cukup popular dan terkenal dengan keramahannye...
"ok la, c u later k"
ah sia berlalu pergi, sebelum meguntumkan senyuman paling menawan buat amy.. berlatarbelakangkan suara usikan yang tidak berhenti dari sahabat2 karibnya, amy terasa di awang-awangan menikmati salah satu momon terindah dalam hidupnya....JATUH CINTA!...........(TO BE CONTINUE)