my player..njoy! :)

Thursday 28 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 6)


Perbincangan mereka berterusan.. Dan kali ini mereka hendak memikirkan logo yang sesuai pula.. Amy berasa rimas, duduknya, perkataannya, perbuatannya semua seakan tidak kena kerana dirinya sentiasa berada dalam pemerhatian Ah Sia.. Jujur, dia tidak tahu apa yang istimewa pada dirinya, dan jujur juga dia lebih tidak mengerti kenapa Ah Sia cukup berusaha untuk mendekati dirinya.. Pada Amy, dia tidak ubah seperti gadis biasa yang lain, dan perlakuan serta layanan Ah Sia membuatkan Amy mati akal untuk bereaksi.. Dia juga tidak tahu mengapa, dia seakan takut dengan situasi begini..
"Ade sesiapa yang pandai melukis?"
Pantas, Amy mengangkat tangan.. Sebenarnya dia ingin lari dari situasi ini, ini keluar dari perbincangan ini, agar dapat dia keluar dari rasa kekoknya.. Mujur juga Amy dikurniakan bakat melukis yang semulajadi, maka dapat juga dimanfaatkan kelebihannya ketika ini..
Amy mencapai marker dan kadbod yang dihulurkan abang Rama, lalu sengaja dia memilih tempat yang agak terasing sedikit dari ahli kumpulannya yang lain dan mula memikirkan apa yang sepatutnya dilukis olehnya.. Sebenarnya, renungan serta reaksi Ah Sia yang lebih difikirkan berbanding memikirkan apa yang hendak dilukis ketika ini.. Sungguh, walau kadangkala perasaan Ah Sia yang tidak bertapis itu mengganggu tumpuan dan perasaannya, namun bahagia yang dirasakan semakin menghangatkan perasaannya waktu itu.. Tidak terduga dia akan menyukai dan disukai jejaka itu, dan lebih tidak terduga semuanya berlaku dengan sekelip mata, pada saat dan ketika yang tidak pernah tercapai dek akalnya...
"You nak lukis ape?"
Entah dari mana munculnya, tiba-tiba sahaja Ah Sia sudah duduk di sisinya.. Dalam hati, Amy mengutuk dirinya yang ralit menyulam angan-angan, tidak sedar yang Ah Sia sudah berada di situ..
"Tak..Tak tau lagi, takde idea.."
Tergagap-gagap Amy menjawab..
"mm.. Kalau susah sangat, you lukis aje 10 orang budak perempuan yang comel-comel.. Senang dan ikut tema kan..?"
Luarbiasa! Sekali lagi Amy kagum dengan kebijaksanaan pemuda itu.. Cukup luarbiasa, tidak menyusahkan dia hendak berfikir..
"Mm.. Okay jugak.. You know what, you ni banyak idea yang bernas tau.."
"Maksud you?"
"Yalah, you punya suggestion untuk nama group kita memang brilliant, its blow my mind.. And just now, idea you ni pun menarik, tentang idea logo, sedangkan dari tadi I penat berfikir.."
"Tapi I tak sehebat you..."
Tangan Amy yang sedang ligat melukis terhenti.. Dia menoleh ke wajah Ah Sia, mengharapkan penjelasan.. Ah Sia sebaliknya ralit memandang lukisan Amy yang berupa kartun-kartun anime yang comel di atas kadbod itu...
"I hebat yang macammana? I can't get it?"
Giliran Ah Sia pula merenung Amy, dan pandangan mereka bertemu... Namun cepat-cepat Amy mengalih wajahnya dan meneruskan kerja-kerja melukisnya, dia tidak punya lagi keberanian untuk menatap mata Ah Sia..
"You memang berbakat melukis kan, tak sangke.."
"Biasa aje.."
"Biasa? I thought that this is cute, adorable", ujar Ah Sia sambil menunjuk pada lukisan Amy..
"Biasa aje"
Entah kenapa, Amy mengulang kata yang sama, malu menguasainya barangkali.. Mungkin juga wajah Amy sedang merona ibarat udang dibakar, Amy tidak tahu, namun ingin saja dia lari dari situasi itu, kerana terasa amat sukar untuk dia bernafas dengan kehadiran Ah Sia dan juga perkataannya yang semakin kerap singgah di hati Amy...
"One day I nak you lukis gambar I.. Boleh?"
"Maybe.. Kalau ade kesempatan.."
"Macam tak sudi?"
"Tengoklah macammana.."
"I ni kan tak hensem, so you mungkin tak nak lukis I kan"
"Ish, taklah.. You bagi gambar, then I lukislah okay..?"
"You kan dah ade gambar I?"
"Aik, bile? You pernah bagi kat I? Tapi kenapa I tak pernah tau pun?"
"Kan tadi kawan-kawan you dah amik gambar kita?"
Tiba-tiba Amy teringat peristiwa Ah Sia membawa ais untuk mereka siang tadi.. Bibir Amy tidak dapat menyembunyikan senyuman yang terukir..
"I nak you lukis gambar kita berdua...", kata Ah Sia separuh berbisik dekat dengan telinga Amy..
Amy yang memandang wajah Ah Sia di sisinya, pandangan mereka bertemu untuk sekian kalinya, dan kali ini Amy tidak mampu lagi menyembunyikan riak kebahagiaan pada wajahnya.. Bahagia dan bahagia, itu saja yang dirasakannya kini, dan perasaan  itu bagai membawa dirinya ke awanan biru, terasa lapang dan indah dunia jika dilihat dari persepsinya kini...
Secara tiba-tiba ahlinya yang lain datang mengerumuni mereka berdua.. Rupa-rupanya perbincangan mereka telah berakhir, dan mereka hendak melihat hasil lukisan Amy.. Masing-masing memuji betapa 'comel' nya gambar yang dilukis Amy, malah Amy kelihatan menyesuaikan watak kartun yang dilukisnya dengan perwatakan setiap seorang dari mereka.. Masing-masing teruja, maka riuhlah terdengar suara mereka..
"wah, cutelah gambar aku ni!"
"kawaii!!"
"mesti logo kita paling pelik!"
"ini kira logo ke?"
"ala, okaylah, unik!"
"mesti gempak kan!"
Maka seisi itu berlarutan.. Dan kesemua kumpulan yang ada kemudian diminta berkumpul dan menyampaikan nama kumpulan, logo dan persembahan.. Ada yang mencuit hati, tetapi ada juga yang membosankan, tetapi masing-masing tetap bersemangat dan begitu gemuruh bertepuk tangan dan memberikan galakan, maklumlah takut-takut kumpulan mereka pula yang menjadi mangsa kelak...
Macam-macam persembahan yang dipertontonkan oleh setiap kumpulan, ada poco-poco, ada lakonan, ada nyanyian, malah nasyid juga ada.. Kumpulan "10 little cute girl" pula, sebaik sahaja memperkenalkan nama sudah mengundang hilai tawa yang lainnya, malah yang lelaki terutama abang-abang senior galak bersiul nakal untuk mengusik, tetapi mujurlah ditegur oleh cikgu, kalau tidak melarat juga.. Seterusnya mereka mempersembahkan lagu "ten little indian boy" yang diubah menjadi "ten little cute girl", maka bertambah sorakan dan hilai tawa yang lain, sungguh 'comel'! Amy yang tidak turut serta dalam perbincangan tadi juga baru mendapat tahu yang lagu itu turut dicadangkan oleh Ah Sia, maka dalam perkiraannya semua yang berlangsung pada hari itu adalah hasil idea Ah Sia semata, menerbitkan lebih lagi kekaguman pada dirinya...
Aktiviti malam itu berlarutan, dan setelah berakhir segalanya, mereka berjalan pulang ke khemah masing-masing.. Amy mencari rakan-rakan baiknya dalam keramaian itu, namun gagal mengesan mereka, maka dia mengambil keputusan berjalan bersendirian, sambil menjinjing kadbod tadi di tangan..
"Amy!"
Amy menoleh dan terpandang Ah Sia berlari-lari anak mengejarnya.. Serta-merta darah menyerbu ke mukanya, perasaan yang terlalu kerap hadir saat terpandangkan pemuda itu..
"sorang aje?"
Amy mengangguk..
"mana kawan-kawan you?"
Amy menjungkit bahu, tanda tidak tahu
"I temankan you ye.."
Amy diam, tidak mengiakan atau menidakkan permintaan Ah Sia itu..
"Ni nak buat ape?", Amy mengunjukkan kadbod di tangannya..
"Diaorang kata tadi, simpan buat kenangan", Ah Sia menyeringai
Amy menghulurkan lukisannya pada Ah Sia..
"Then, you lah simpan buat kenangan"
"me?"
"yelah, tadi you kata nak buat kenangan"
"ohhh.. it'll be sweet memori then..", Ah Sia tersenyum, dan senyuman itu dibalas penuh pengertian oleh Amy..
Mereka berjalan beriringan, dan setiap langkah sengaja diatur lambat-lambat, biar lambat berlalu waktu, biar hati dan perasaan yang saling suka itu bercambah menerbitkan rasa cinta remaja yang luarbiasa...

No comments: