my player..njoy! :)

Tuesday 26 April 2011

CINTA BONGKAH AIS (PART 4)

Hari yang baru bermula... Dan hari ini pertandingan memasak antara persatuan yang mengambil bahagian diadakan.. Masing/masing bertungkus lumus menyediakan juadah bagi mewakili pasukan mereka... Mereka diminta menyediakan 4 jenis juadah, asam pedas, telur dadar, sayur campur, dan juga cengkodok..
Pasukan Puteri Islam juga tidak kurang sibuk menyiapkan juadah masing masing.. Pasukan yang kesemua ahlinya perempuan ini agak cemas, almaklumlah semuanya perempuan.. Jadi besar juga beban yang dipikul pasukan mereka bagi memastikan tidak dipandang rendah oleh pasukan lain... Masing/ masing kelihatannya tidak kekok menumis, menggoreng, maklumlah sudah biasa ke dapur.. Berlainan pula dengan Amy yang memang tidak pernah ke dapur.. Dia hanya melakukan tugas-tugas ringan seperti memotong bahan-bahan yang diperlukan..
Dan walau mereka semuanya perempuan, tapi mereka hanya memenangi satu hidangan, iaitu masakn asam pedas.. Tetapi mujurlah mereka juara, kalau tidak malu juga... Seusai pertandingan, mereka menjamah hidangan tengahari, iaitu juadah yang mereka siapkan awal tadi.. Mana-mana pasukan yang hidangan mereka tidak sedap, atau tidak boleh dijamah langsung, terpaksalah mengharapkan ihsan dari pasukan yang lain, terutama pasukan yang menjadi johan antara pasukan yang bertanding.. Mujurlah hidangan utama Pasukan Puteri Islam sedap, dan yang lainnya boleh dimakan..
Membawa juadah yang telah siap ke khemah mereka, Amy dan rakan-rakan menikmati juadah dengan berselera sekali..
``fuh, boleh tahan jugak masakn kita ni,`` kata Izan..
``tulah... Lagi nikmat kalau dapat ais waktu-waktu macam ni``
``ish, Izan, Imah... Korang ni kan... Dah dapat makanan macam ni sedap kat perkhemahan pun dah syukur.. Aku biasa camping makan sardin je tau!``
``ala, kau ni Amy... Kan ko ade special delivery... Mase ni la nak guna kan...?`´
``ape maksud ko ni fa? Aku tak fahamlah..``
``ala, tak faham ke buat-buat tak faham??```
``betul, tak faham?``
Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal..
``ifa maksudkan yang tu laaa``, kata ira sambil memuncungkan mulutnya ke arah Ah Sia yang tiba-tiba muncul entah dari mana
``eh, kenapa you all pandang I macam tu? Somehing wrong?`
Ah Sia memandang satu-persatu mata yang merenung ke arahnya dengan perasaan yang bercampur-baur.. Hairan beserta terkejut...
"ke, you all mengumpat pasal i?"
"ish, you ni Ah Sia..Takkanlah.. Amy ni ha, sebut-sebut nama you.. Tengok-tengok you dah sampai.. Macam tau-tau je..."
kata-kata Ifa disambut hilai tawa oleh yang lainnya..
"Ish,mane ade! You jangan dengar ape yang diaorang kata tu.. Mandai-mandai je.. Takde pun..", pantas Amy memotong..
"Well, kalau betul pun ape salahnya.. At least ade orang ingat dekat I kan.."
Amy terdiam, tidak tahu ape yang hendak dikata lagi.. Sedang yang lain semakin galak mentertawakannya...
"Betul Ah Sia.. Die cakap hari ni panas.. Selalu kan you bawak soft drink untuk die.. Tu yang die sibuk sebut nama you.. Teringat-ingat die kat you..."
"Imah!"
"Betul kata you tu.. Die kata kalau you bawak air batu, lagi bertambah-tambah sayang die pada you!"
Mendengarkan kata-kata Izan beserta reaksinya yang ala-ala gedik yang sengaja dibuat-buat, ketawa mereka bergema semakin kuat lagi.. Amy pula terasa 'panas' kerana diejek sedemikian rupa, sedang Ah Sia merenung wajah Amy dengan tak jemu-jemu...
"Ah Sia, dont you ever listen to them! Diaorang ni kalau bergurau memang ganas, so, you better ignore them!" , kata Amy sembil menjelir lidahnya pada yang lain..
"Well... Actually, I dont mind pun kalau betul.. Malah it's my pleasure kalau you yang mintak.. Kalau you nak, sekarang pun I boleh pergi..."
Ah Sia mulai bangun.. Namun, segera ditahan Amy..
"No.. no.. Tak payahlah susahkan diri you.."
Ah Sia sekadar tersenyum lalu berlalu pergi.. Dia mendekati sahabat baiknya, Rama, menggamitnya lalu die berlalu pergi.. Amy memandang dengan wajah sebal, bengang terasa dipermain-mainkan rakannya sendiri..
"Ala, relakslah Amy.. Kan gurau je tadi"
"Yelah.. Korang tak kena bolehlah cakap.. Malu aku kat Ah Sia tau! Apa pulak yang die fikir pasal aku!"
Amy menundukkan wajah.. Serasa hendak menitiskan air mata dengan usikan-usikan yang keterlaluan baginya... Seterusnya dia tidak mendengar lagi apa yang diusik teman-temannya, dia hanyut melayan perasaannya sendiri..
Sesungguhnya dia memang menyukai Ah Sia, tetapi untuk meminta-minta begitu agak keterlaluan baginya, kerana mereka masing-masing baru hendak berkenalan sahaja.. Teringat dia akan kata-kata Ah Sia malam tadi yang mengakui menyukainya dan ingin rapat dengannya, sedang dia tidak memberi sebarang reaksi, tetapi alih-alih dia seolah-olah mengambil kesempatan pula ke atas Ah Sia.. Apa pula tanggapan Ah Sia padanya kelak? Sungguh, dia berasa amat malu..
Amy benar-benar kesal dengan apa yang terjadi.. Seleranya jadi terbantut.. Perasaan malu menguasai dirinya..
Tiba-tiba terasa bahunya disentuh.. Amy menoleh ke arah Ira yang mencuitnya.. Ira memuncungkan mulutnya, dan Amy segera menoleh ke arah yang ditunjukkan Ira.. Ternyata Ah Sia telah muncul kembali dengan semangkuk besar ais dan sebotol besar air minuman berkarbonat.. Amy terkejut, entah bila Ah Sia muncul, dan begitu banyak pula yang dibawanya, melebihi permintaannya; atau lebih tepat lagi permintaan rakan-rakannya..
Ah Sia mencangkung di sisi Amy, sambil menghulurkan ais serta minuman tersebut..
"For you..."
Amy terkejut, dan gagal bereaksi..
"Ish, tunggu apa lagi, ambikla cik Amy oiiii", kata Izan
Amy yang masih terkejut sekadar menghulurkan tangan.. Sesungguhnya emosinya berubah dalam sekelip mata.. Dan dia masih gagal bereaksi dengan normal..
"Jap..Jap..."
Entah dari mana Imah datang, dia membawa kamera di tangannya...
"Ha, ape lagi, cepatlah posing"
"wah, macam cerita novel pulak"
"senyumlah weh.. baru romantik"
"boleh buat filem ni"
"pehhh.. cinta ais tuh..."
"nanti aku cuci, korang buat poster kat bilik"
Galak rakan-rakan yang lain mengusik.. Amy tidak tahu bagaimana, dia sekadar mengikut kata rakan-rakannya.. Sesungguhnya dia terasa amat malu, tetapi melihatkan wajah Ah Sia yang tersenyum lebar beserta momen indah ketika itu, Amy terasa seperti dunia ini miliknya, dan doanya dalam hati,
"TUHAN JANGANLAH KAU HENTIKAN KEBAHAGIAAN YANG KU RASAKAN KINI!"
......bersambung.........

No comments: