my player..njoy! :)

Sunday 24 April 2011

CERPEN: CINTA BONGKAH AIS (PART 3)


"Teruk betul diaorang ni lah..", rungut Amy
"It's okay.. At least i could spend some moment with you"
Amy memandang wajah Ah Sia dengan seribu kerutan di dahi.. Dia tertanya maksud sebenar kata-kata Ah Sia.. Cuba mencari apa yang tersirat di sebaliknya..
"You always sorounded with them.. I selalu tunggu peluang untuk berbual dengan you, but i never had the chance.. At last i dapat juga peluang nak berdua-duaan dengan you kan.. I always looking forward for this moment, you know.."
Amy menundukkan wajahnya.. Dia terasa darah menyerbu ke wajah.. Tidak tahu bagaimana hendak mentafsir maksud kata-kata Ah Sia, atau lebih tepat lagi dia khuatir tersalah mentafsir maksud sebenar perkataan jejaka itu, takut dia bertepuk sebelah tangan...
"Kenapa? You tak suka?",duga Ah Sia
"Bukan.. Don't get me wrong.. I rasa selamat dikelilingi rakan-rakan macam diaorang tu.. Happening kan?"
"It's true.. Tapi i teringin sangat bercakap hati ke hati dengan you.. For the fact that i barely know you, I rasa I teringin sangat nak berkenalan dengan you.. Tapi dengan all your girlfriends, I susah nak dekat dengan you.."
Amy mengangkat mukanya.. Hairan beserta satu tanda soal besar wujud di benaknya.. Hatinya ragu-ragu, adakah Ah Sia berperasaan sepertinya? Atau adakah Ah Sia cuba menduga hatinya? Jujurnya, Amy benar-benar tidak tahu...
"Apa salahnya kalau bercakap dengan I waktu diaorang, salah ke?"
Ah Sia tertawa.. Amy memandang wajah Ah Sia dengan seribu satu persoalan.. Sesungguhnya dia hairan dengan reaksi Ah Sia..
"Isn't it obvious?"
Amy semakin mengerutkan dahinya.. Sukar dimengertikan apa yang tersirat di fikiran jejaka itu..
"Maksud you?"
"I like you... Isn't it obvious? I rasa kawan-kawan you pun perasan, kalau tak takkan diaorang asyik usik-usik kita.. And then, diaorang sengaja tinggalkan kita berdua macam ni.."
Amy terdiam.. Mati kata-katanya, walau di hati seolah berbunga-bunga perasaannya, bertangkai dan bercambah, hingga mencetuskan satu reaksi yang luarbiasa pada segenap adrenalinnya.. Amy tahu kini apa dirasakan dan apa yang terbuku di hati kecilnya kini turut dirasainya.. Walau malam itu cukup dingin namun peluh terasa mula menitis di dahi.. Perasaan ini cukup aneh, di dalam hatinya bergelodak hingga seakan mahu dia melompat ke bintang yang tinggi di awanan, namun tubuh dah lidahnya terkaku, dia terdiam dan mulutnya terkunci rapat.. Tidak ada kata yang dapat dizahirkan selaras perasaannya ketika itu..
"Amy?"
Telinga Amy menangkap suara Ah Sia, namun yang jelas dirinya kini terasa amat kekok.. Tidak tahu reaksi bagaimana yang seharusnya dipamerkan olehnya..
"I ikhlas nak kawan dengan you.. I kalau boleh nak rapat lagi dengan you"
Ah Sia memandang lagi wajah Amy yang kaku tanpa reaksi..
"Is it wrong?"
"Is it wrong for me to like you..? I know that we were both different.. Kita dari latar yang berbeza.. But I nampak sesuatu yang istimewa dalam diri you.. Tak boleh ke kalau kite berkenalan dengan lebih rapat?"
Perlahan-lahan Amy memberanikan diri mengangkat wajahnya.. Sesungguhnya dia memohon kekuatan untuk berkata-kata.. Lidahnya yang tersimpul cuba dijalin agar bicara hati dan bibirnya selari dengan apa yang ingin diluahkannya..
"But why me?"
"Kalau you nakkan jawapan, sorry because I don;t have any.. But i truly like you.. From the bottom of my heart"
"But we barely know each other!"
"Yeah, that's why I nak kenal you dengan lebih rapat"
"I..I just don't know.."
"Kalau boleh I nak rapat dengan you.. Lebih rapat dari seorang sahabat.. Is it possible?"
Amy terdiam lagi... Entah kenapa susah untuk ditafsirkan perasaan menjadi kata-kata.. Lain di hati, lain pula di mulutnya..
"Is it yes or no?"
Amy memandang Ah Sia dihadapannya.. Digagahinya dirinya menguntum sebuah senyuman..
"We'll see..."
Malam itu bersaksikan unggun api yang hangat membakar, Amy dan Ah Sia melayan perasaan masing-masing sambil di hati masing-masing bersulam kebahagiaan.. Sepi menemankan mereka, terus membawa mereka dalam dakapan kebahagiaan perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit....
BERSAMBUNG......



No comments: