my player..njoy! :)

Sunday 17 April 2011

KE GERBANG PERKAHWINAN

 Tahun ni mmg ramai benooo yang nak akhirkan zaman bujang.. Bertunanglah, berkahwinlah.. Pada korang yang solo, mesti tertanya2.. Bile la giliran aku akan tiba?? Ala, cepat atau lambat bukan isu.. Yang penting berapa lama ia akan bertahan.. Setuju tak? Tapi kan, bukan itu yang aku nak cite dalam post kali ni... Tapi nak story tentang melangkah ke gerbang perkahwinan.. Pernah tak korang jumpe orang yang muda2 lagi da kawen (macam aku lew) atau seseorang yang dulu players tapi tiba2 je nak settle down??? Mesti korang tertanya2, ape yang buat dieorang amek keputusan drastik tuh kan?? Jom kite bukak kedai, kite story sesama...

 Kadang2 kan, bukan senang nak amek keputusan nak memilih seseorang tu dalam hidup kite.. Yela, lumrah manusia cepat bosan, mudah berubah.. Lagi2 lepas kahwin, abes sume perangai burok kluar,kan?kan? So, ape ye agak2 nye yang berada dalam kepala orang yang nak akhiri zaman bujang ni? Mungkinkan mereka dah jumpe pasangan yang mereka idam2kan? Atau boleh ke perhubungan dieorang ni berkekalan?? Mm.. Rumit kalau kite fikirkan...

  Betul ke kalau kite dah jumpe lelaki@perempuan yang kite sayang, yang menepati ciri2 yang kite idam2kan, maka kite harus akhirkan zaman bujang kite? Bak cite hindustan, kalau ade kuch2 hota hai la gitu... Ape yang aku nak cakap ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, so, kalau tak setuju sile la bagi pendapat korang k... Meh kite list down ape yang menyebabkan seseorang tuh memilih akhirkan zaman bujangnye...

  1. PASANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PASANGANNYA- maksudnye, sesorang yang boleh bertanggungjawab ke atas diri mereka.. Sebagai contoh 4 gurls, lelaki kena pikul tanggungjawab, menyelesai masalah, dan bukan meletakkan tanggungjawab di atas bahu perempuan.. 4 GUYS pulak, perempuan mesti boleh dan sedia pikul tanggungjawab mereka sebagai isteri n ibu.. Kalau tak pandai pun, mesti sedia bertanggungjawab, sedia belajar..
  2. PASANGAN YANG SAYANG DENGAN KITE-  ertinya, seseorang yang menyayangi kite, yang kite tahu di masa kini dan hadapan akan sentiasa berusaha bersama kite selamanya.. Kadang2 ak perlu pun kite terlalu cintakan die, cume cukuplah kite tau die cntakan kite dengan ikhlas...
  3. PASANGAN YANG SEDIA ADA KOMITMEN DENGAN KITA- Pernah kan waktu bercinta kekasih anda membayangkan nak kahwin dengan anda, ataupun membayangkan kehidupan masa hadapan bersama anda, mempunyai anak dengan anda.. Tapi sebenarnya berapa ramai yang kekasihnya betul2 merancang mase depan bersama? Contohnya, sedia mempunyai akaun bersama, berkongsi hak milik kenderaan, mempunyai asset bersama.. Kalau ade, itu bermakna mereka benar2 serius dengan perhubungan yang dibina, dan bersedia melangkah ke hadapan serta membina perhubungan dengan anda..
  4. PASANGAN YANG FAHAM MAKSUD DAN KEHENDAK MASING2- Pernah tak rase macam dejavu, contohnye bile anda berkehendakkan, atau memerlukan sesuatu, secara tiba2 die memberi anda apa yang anda hendak, atau bersuara tentang perancangan hendak memberi anda barangan tersebut?? Ini adalah salah satu potensi pasangan yang anda cari, kerana sesetengah orang kata bile 2 hati bersatu, kadang2 kite boleh dengar suara hati masing2..
  5. PASANGAN YANG BEUL2 KENAL PASANGAN MASING2- Pasangan itu harus kenal pasangannya, kenal hati budi, tahu ape yang disuka dan dibenci pasangan supaya hubungan yang dibina itu kelak tidak menimbulkan rasa tidak puashati, dan keraguan yang berpanjangan.. Asasnya adalah hati anda tahu apa yang patut atau tidak anda lakukan
  6. PASANGAN YANG BOLEH BERKOMPROMI DENGAN ANDA- 4 me, ini adalah 'essence' pada perkahwinan di mana walau apa pun yang membezakan 2 individu itu, kalau saling bertolak ansur, maka tidaklah wujud pertikaian di masa hadapan.. Kalau hati anda berkata,~~``SAYA TIDAK ADA MASALAH DENGAN PERANGAI DAN KEPERIBADIAN PASANGAN SAYA, DAN SAYA TAK ADA MASALAH DENGAN SEMUA TABIAT DAN SIFAT SEMULAJADINYA, HATTA PERANGAI BURUKNYA JUGA TAK PERNAH MENGGANGGU KAMI, DAN PERHUBUNGAN KAMI..BEGITU JUGA SEBALIKNYA`, maka saya rasa anda telah berjumpa orang yang sesuai dijadikan pasangan hidup anda..:)

  Begitulah lebih kurang senarai yang ade dalam penilaian aku.. so, kalau korang rase2 keenam2 ciri ini memang kena2 betul dengan korang, nasihat aku GRAB THE CHANCE! :)

No comments: